Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

3) PENJANAAN TENAGA DIPERBAHARUI DI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah penjanaan tenaga yang diperbaharui (Renewable Energy) di Negeri Selangor? Sila beri keperincian mengikut Daerah, jumlah tenaga yang dijanakan dan nama syarikat yang melaksanakan projek RE di Selangor.

    Tenaga boleh diperbaharui (RE) adalah tenaga yang berasal daripada sumber semulajadi dan terdapat 5 jenis tenaga RE iaitu angin, suria (fotovoltaik), geoterma, hidro dan biotenaga. RE merujuk kepada sebarang bentuk tenaga primer yang berasal daripada sumber yang tidak habis seperti tenaga suria, biojisim, biogas, hidro mini dan tenaga panas bumi. Di Selangor, projek solar merupakan RE yang paling meluas kerana kos pengeluaran peralatan fotovoltaik (PV) yang lebih rendah dan ketersediaan pembiayaan yang mudah bagi projek hijau. Kapasiti terpasang bagi RE di Selangor setakat ini adalah sebanyak 341 megawatt (MW) dan berikut adalah jumlah tenaga yang telah dijana dalam projek RE di negeri Selangor mengikut pecahan bagi setiap daerah seperti jadual di bawah:

     

Lampiran

Tiada Lampiran.