Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

194) PENJANAAN SUMBER BARU UNTUK NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah tanah kerajaan mengikut kategori tanah bagi tahun 2006-2016 mengikut pecahan daerah.

    Berdasarkan Seksyen 5 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 takrifan Tanah Kerajaan adalah, semua tanah di dalam negeri itu termasuk sebanyak mana dasar mana-mana sungai dan tepi pantai serta dasar laut seperti yang adalah dalam lingkungan wilayah negeri itu atau batas perairan wilayah selain dari:

    • tanah beri milik;
    • tanah rizab;
    • tanah lombong; dan
    • mana-mana tanah yang, di bawah peruntukan-peruntukan mana- mana undang-undang yang berhubungan dengan hutan (sama ada diluluskan sebelum atau selepas permulaan Akta ini), buat masa itu adalah hutan

    Untuk makluman Yang Berhormat, Tanah Kerajaan tidak mempunyai sebarang kategori tanah selagi tiada pemberimilikan tanah atau diberi milik melalui proses pelupusan biasa.

  2. Apakah strategi dan fokus Kerajaan Negeri Selangor bagi menjana sumber pendapatan yang baru memandangkan rizab tanah Kerajaan semakin berkurangan?

    Sumber hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri adalah seperti yang termaktub dalam Bahagian 3, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan. Di antara elemen sumber hasil yang boleh dikutip oleh Kerajaan Negeri di bawah kuasa yang diberikan mengikut Perlembagaan Persekutuan adalah:

    • Hasil tanah;
    • Hasil lombong;
    • Hasil hutan;
    • Duti hiburan;
    • Terimaan mengenai bekalan dan perkhidmatan air;
    • Sewa dan jualan harta Negeri;
    • Bayaran fi,    denda   dan   pelucuthakkan   mahkamah                   selain          daripada mahkamah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan;
    • Faedah atas baki wang negeri;
    • Bayaran mengenai perkhidmatan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri; dan
    • Harta karun.

    Hasil tanah dan hasil urus niaga berkaitan tanah menyumbang 80% kepada hasil Negeri. Hasil tersebut masih menjadi penyumbang utama kepada hasil Negeri.

    Antara strategi dan fokus Kerajaan Negeri untuk menjana sumber pendapatan baru adalah:

    • Mendapatkan bayaran premium yang belum diterima daripada Kerajaan Persekutuan ke atas tanah yang dibangunkan oleh syarikat konsesi lebuh raya sebagai tapak komersial seperti stesyen minyak, restoran, hotel, kedai dan gerai. Kertas cadangan telah dibawa oleh Negeri Selangor ke peringkat Majlis Kewangan Negara pada 14 Jun 2016. Perkara ini sedang dalam tindakan Kementerian Kerja Raya;
    • Pada masa kini Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor sedang melaksanakan Pindaan Cukai Tanah (PCT) 2017 yang akan mula dikuatkuasakan menjelang 01 Januari 2017. Pindaan Cukai Tanah ini adalah selaras dengan Seksyen 101(5) (b) Kanun Tanah Negara (KTN) yang memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk menyemak semula kadar cukai tanah setiap 10 tahun sekali. Pindaan Cukai Tanah yang dilaksanakan ini telah mendapat kelulusan MMKN Ke 5/2015 pada 04 Februari 2015. Dianggarkan bahawa Kerajaan Negeri akan memperolehi pendapatan hasil cukai tanah sebanyak RM21 juta setahun selepas pelaksanaan Pindaan Cukai Tanah terbaru
    • Proses menaik taraf tanah melalui pemukiman dan persempadan semula juga sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Kali terakhir proses menaik taraf tanah dilaksanakan ialah pada tahun 1995. Kesemua PDT akan memuktamadkan kawasan yang akan dinaiktaraf sebagai bandar atau pekan untuk diangkat ke pertimbangan MMKN dan seterusnya

    diwartakan mengikut Seksyen 11 (c) (a) dan Seksyen 11 (d) Kanun Tanah Negara 1965. Dijangkakan hasil Kerajaan Negeri akan meningkat kerana sebahagian besar kawasan yang terlibat di dalam menaiktaraf tanah ini adalah merupakan kawasan industri dan bangunan di mana cukai yang dikenakan ketika ini adalah pada kadar tanah luar bandar;

    • Kertas cadangan pelaksanaan kadar cukai petak dan pengenaan fi cukai petak bagi pembangunan berstrata ke atas kaedah-kaedah hak milik strata Negeri Selangor selaras dengan pindaan Akta Hak milik Strata (Pindaan 2016) (A1518) bagi semua daerah di Negeri Selangor dijangka diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) pada penghujung tahun 2016 dan dijangka berkuat kuasa pada 1 Januari
    • Menguatkuasakan duti hiburan ke atas taman-taman tema di Selangor selepas pengecualian berkenaan dimansuhkan oleh Kementerian Kewangan bermula pada Februari 2014;
    • Cadangan pengenaan caj khusus bagi penginapan di hotel-hotel seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri Melaka caj khusus tersebut dikenali sebagai Caj Fi Warisan, manakala di Pulau Pinang dikenali sebagai Fi Pihak Berkuasa Tempatan. Kertas cadangan telah dibawa oleh Negeri Melaka ke peringkat Majlis Kewangan Negara pada 14 Jun 2016 untuk dilaksanakan oleh kesemua Negeri di Malaysia. Cadangan ini boleh dilaksanakan selepas mendapat keputusan Majlis Kewangan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.