Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

303) PENJAJA WARGA ASING

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memantau lambakan penjaja warga asing di Negeri Selangor?

    Isu lambakan warga asing adalah di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan terutamanya Jabatan Imigresen yang mempunyai bidang kuasa di Bahagian Penguatkuasaan iaitu menjalankan tugas-tugas pendakwaan; menjalankan serbuan dan tangkapan; menjalankan siasatan dan menahan orang-orang yang disyaki bersalah serta mengendalikan pengusiran keluar warganegara asing.

     

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dalam membantu pemantauan aktiviti warga asing termasuklah isu penjaja warga asing di Negeri Selangor dengan mengambil langkah-langkah seperti:-

     

    • Mengarahkan PBT untuk meningkatkan pelaksanaan penguatkuasaan bersepadu ke atas aktiviti melibatkan warga asing seperti isu yang dibangkitkan semasa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Januari 2016 mengenai isu penguatkuasaan oleh pihak kerajaan secara fokusnya yang berkait rapat dengan aspek kesejahteraan hidup rakyat di mana KPKT sebagai penyelaras dasar bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meminta agar PBT meningkatkan pelaksanaan operasi penguatkuasaan di kawasan Pentadbiran PBT masing-masing terutamanya yang melibatkan warga asing seperti penyalahgunaan lesen perniagaan;
    • Menyertai Mesyuarat Penyelarasan Tindakan Ke Atas Resolusi Lab Menangani Isu Penjaja Warga Asing di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Putrajaya pada 28 Julai 2015 bagi memperhalusi hasil Lab Menangani Isu Penjaja Warga Asing oleh KPDNKK dengan kerjasama Graduate School of Business, UKM yang diadakan pada 16 April 2015 seperti:-
    • Hukuman dan Denda;
    • Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan dan Penyeliaan Isu Penjaja Warga Asing di Peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah/PBT;
    • Keberkesanan Operasi;
    • Peranan Persatuan Penjaja & Perniagaan Kecil
  2. Senaraikan penguatkuasaan yang telah diambil oleh PBT bagi mengekang penambahan penjaja warga asing tersebut pada tahun 2015?

    Selain pihak PBT yang sentiasa menjalankan pemantauan harian dengan melakukan rondaan, PBT telah menyenaraikan operasi penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti penjaja warga asing di kawasan-kawasan hotspot seperti:-

    1. Operasi penjaja warga asing di kawasan sekolah;
    2. Operasi penjaja warga asing di tepi jalan;
    • Operasi penjaja warga asing di pasar pagi/malam;
    • Operasi penjaja warga asing di bazarena;
    • Operasi penjaja warga asing di pusat cuci kereta;
    • Operasi penjaja warga asing di kiosk jualan makanan;
    • Operasi penjaja warga asing di kawasan kilinik/hospital; dan
    • Operasi bersepadu warga asing bersama Jabatan Imigresen

     

    Laporan Statistk Operasi Penjaja Warga Asing yang dijalankan oleh Penguatkuasa PBT pada tahun 2015 adalah:-

    i.         Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

     

    BIL LOKASI JUMLAH OPERASI
    1. Hadapan Sekolah 26
    2. Tepian jalan 250
    3. Pasar pagi dan pasar malam 52
    4. Bazarena 48
    Jumlah Keseluruhan 376

     

    1. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

    Sebanyak tujuh (7) operasi bersepadu telah dijalankan bersama pihak Imigresen sepanjang tahun 2015 bagi mengekang penambahan penjaja warga asing tersebut. Seramai 219 orang telah diperiksa dan hasilnya seramai 150 orang telah ditahan di sepanjang operasi tersebut.

     

    iii.         Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

    Sebanyak 15 operasi dijalankan seperti di lokasi di berikut:-

     

     

    Bil. Operasi Penguatkuasaan Tindakan
    1. Jalan Persiaran Putra Mahkota

    7/7B Subang Jaya

    3 Sitaan
    2. Jalan Putra Mahkota 7/6A 1 Sitaan
    3. Jalan USJ 4/6B 1 Notis Tawaran Kompaun

    1 Sitaan

    4. Jalan Puchong Perdana Kompleks

    Hijau Puchong

    1 Notis Tampal
    5. Jalan Bandar 1 Puchong 1 Sitaan
    6. Jalan Serindit Puchong Jaya 1 Sitaan
    7. Pasar Pagi Wawasan Pusat

    Bandar Puchong

    14 Notis Tawaran Kompaun

    1 Sitaan

    8. Jalan Dagang 4/2 Serdang 1 Notis Tawaran Kompaun
    9. Jalan PSK 6 Serdang 1 Notis Tawaran Kompaun

    3 Sitaan

    10. Jalan PSK 7 Serdang 4 Notis Tawaran Kompaun
    11. Jalan Indah 2/12 1 Sitaan
    12. Jalan PP 41 Serdang 2 Sitaan
    13. Pasar Pagi SK10 3 Sitaan
    14. Putra Walk Jalan PP 25 Jalan

    Putra Permai Serdang

    1 Sitaan
    15. Seksyen 4 Pangsapuri Seri Pagi

    Jalan Bukit Serdang

    1 Sitaan

    1 Notis Tawaran Kompaun

     

    iv.        Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

    Anggota penguatkuasa menjalankan operasi penguatkuasaan ke atas penjaja warga asing setiap hari di sekitar Selayang termasuk di pasar Selayang Jaya, pasar pagi Bandar Country Homes dan Pasar Moden Bandar Rawang.

     

    v.        Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

    Sentiasa menjalan operasi penguatkuasaan ke atas penjaja. Hasil operasi tersebut sebanyak 156 warga asing didapati melakukan aktiviti penjaja.

     

    Senarai operasi penguatkuasaan penjaja warga asing pada tahun

    2015

    Jumlah Peniaga Warga Asing
    Bangi 39
    Semenyih 19
    Kajang 26
    Cheras Kanan 35
    Cheras Kiri 37
    Jumlah Keseluruhan 156

     

     

    vi.        Majlis Perbandaran Klang (MPK)

    Sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan ke atas penjaja. Pada tahun 2015 sebanyak 153 tindakan sita telah diambil ke atas penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti menjaja di kawasan pentadbiran Majlis.

     

    vii.         Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

    Sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan ke atas penjaja. Hasilnya sebanyak 91 tindakan sitaan ke atas penjaja warga asing melibatkan operasi pasar pagi, operasi pasar malam, operasi penjaja depan sekolah, operasi penjaja klinik/hospital, operasi kiosk/BOT/Statik dan pemantauan harian. Senarai lokasi operasi penguatkuasaan adalah:-

     

    • Operasi Car Wash di Kg. Baru Ampang
    • Operasi Car Wash di Taman Keramat Permai
    • Operasi Car Wash di Taman Cempaka
    • Operasi Car Wash di Taman Melur
    • Operasi Car Wash di Bunga Tanjung
    • Operasi Kedai Runcit N.Z Mini Market Tmn Putra
    • Operasi Kedai Murah Baja di Tmn Putra
    • Operasi Kedai Runcit Norahasni Enterprise Tmn Putra
    • Operasi Norahasni Enterprise Tmn Putra 10)Operasi Restoran A.P.S Corner Pandan Indah 11)Operasi Pusat Video Game di Tmn Lembah Maju 12)Operasi Penjaja di Ampang Point

    13)Operasi Goreng Pisang di Kg. Cheras Baru

     

    viii.         Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)

     

    Senarai operasi penguatkuasaan penjaja warga asing pada

    tahun 2015

    100 kali operasi

     

    1. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)

    Sebanyak 12 operasi penguatkuasaan penjaja warga asing seperti lokasi berikut:-

     

    Senarai operasi penguatkuasaan penjaja warga asing pada

    tahun 2015

    Tarikh Lokasi
    17.11.2015 Tapak pasar malam Saujana Utama

    Hadapan Sekolah Kebangsaan Saujana Utama

    31.10.2015 Penjaja di Pantai Remis
    12.09.2015 Tapak pasar malam Bandar Puncak Alam
    09.08.2015 Penjaja di Pantai Remis
    27.07.2015 Hadapan Sekolah sekitar Kuala Selangor
    20.06.2015 Tapak pasar malam Bandar Puncal Alam
    09.06.2016 Penjaja bahu jalan Persiaran Elmina, Saujana Utama
    29.04.2015 Tapak pasar malam Saujana Utama
    25.04.2015 Tapak pasar malam Bandar Puncak Alam
    25.03.2015 Tapak pasar malam Bandar Puncak Alam
    03.03.2015 Hadapan Sekolah Kebangsaan Saujana Utama
    11.03.2015 Tapak pasar malam Bestari Jaya

     

    x.        Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)

    Sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan drastik penjaja. Hasil operasi tersebut sebanyak 83 sitaan telah dilaksanakan.

     

    xi.        Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)

     

    Sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan penjaja dan akan memastikan tiada warga asing terlibat dalam aktiviti menjaja. Senarai operasi seperti Operasi Penjaja Warga Asing Pasar Malam dan Pekan Sehari; dan Operasi Penjaja Warga Asing Penjual Aiskrim.

     

    xii.         Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)

    Sebanyak 17 kali operasi penguatkuasaan ke atas penjaja warga asing.

Lampiran

Tiada Lampiran.