Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
129) PENJAJA TANPA LESEN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah perangkaan para penjaja yang berniaga tanpa lesen di seluruh kawasan PBT sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa?
- Berikut adalah anggaran bilangan penjaja yang berniaga tanpa lesen mengikut PBT sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa:
BIL PBT JUMLAH PENJAJA TANPA LESEN 1 MBSA 1852 2 MBPJ 1096 3 MBSJ 4367 4 MPK Dalam usaha untuk menjalankan program bancian para peniaga tanpa lesen 5 MPAJ 393 6 MPKj 1108 7 MPS 661 8 MPSp 259 9 MPKL 73 10 MPKS 312 11 MPHS 134 12 MDSB 35 JUMLAH 10,290 Data daripada PBT Negeri Selangor
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menangani dan menguruskan para peniaga ini sekiranya mereka ingin meneruskan perniagaan mereka kerana gagal mendapatkan peluang pekerjaan lain?
Kerajaan Negeri ingin memastikan golongan peniaga kecil dan penjaja diberi peluang untuk berniaga di kawasan yang sesuai. Oleh yang demikian, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan Negeri telah memutuskan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempermudah dan mempercepatkan kelulusan Lesen Penjaja Sementara sama ada secara manual atau dalam talian bagi mengatasi masalah penjaja tanpa lesen. PBT juga telah diminta untuk membantu para peniaga mengenal pasti tapak/ lokasi yang lebih banyak dan sesuai untuk dijadikan tapak penjaja sementara. Ini bagi memastikan kawalan keselamatan dan laluan trafik adalah terkawal dan mengelakkan kacau ganggu kepada masyarakat sekitar