Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

148) PENJAJA TANPA LESEN

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan pandemik COVID-19 menjejaskan pendapatan ramai orang, sebahagian penduduk telah menjadi penjaja tanpa lesen dan situasi menjadi tidak terkawal. Apakah rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

    Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan Negeri telah memutuskan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempermudah dan mempercepatkan kelulusan Lesen Penjaja Sementara sama ada secara manual atau dalam talian bagi mengatasi masalah penjaja tanpa lesen. PBT juga telah diminta untuk membantu para peniaga mengenal pasti tapak/ lokasi yang lebih banyak dan sesuai untuk dijadikan tapak penjaja sementara. Ini bagi memastikan kawalan keselamatan dan laluan trafik adalah terkawal dan mengelakkan kacau ganggu kepada masyarakat sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.