Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

31) PENJAGAAN KESIHATAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah program pemeriksaan percuma kanser testis dan prostat bagi lelaki akan dimulakan?

    Program pemeriksaan ini akan dimulakan selewat-lewatnya awal tahun 2014 setelah perbincangan dengan semua agensi yang terlibat selesai diadakan. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri bercadang akan melancarkan perasmian ke atas program ini terlebih dahulu yang dijangka pada suku tahun terakhir tahun 2013.

  2. Bilakah Tabung Dialisis Rakyat Selangor bernilai RM10 juta akan dimulakan?

    Setakat ini program Tabung Dialisis Rakyat Negeri Selangor masih lagi di dalam peringkat perbincangan dan kajian.

  3. Apakah unjuran pertambahan peruntukan yang akan disalurkan bagi tempoh 5 tahun?

    Program Bantuan Kesihatan Bagi Rakyat Negeri Selangor telah diperuntukkan sebanyak RM500,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Ribu Ringgit) setiap tahun. Berikut adalah unjuran pertambahan yang disalurkan bagi tempoh 5 tahun.

    Butiran Nama

    Program

    2011

    (Sebenar)

    2012

    (Sebenar)

    2013 2014 2015
    22005 Pembangunan Kesihatan 328,787.05 538,750.20 500,000.00 500,000.00 500,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.