Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

156) PENINGKATAN KOS TANAMAN PADI

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membantu pesawah padi yang menghadapi kenaikan kos input tanaman padi yang semakin meningkat?

    Kerajaan negeri mengambil maklum berkenaan situasi ini dan di bawah Rancangan Malaysia ke 12 (RMK12) Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM14.5 juta selama untuk tempoh 5 tahun RMK12 melalui Program Pembangunan Tanaman Padi , Jabatan Pertanian.

    Program ini bertujuan mengurangkan impak kenaikan harga input kepada pesawah serta merancang aktiviti kearah peningkatan hasil padi. Pada tahun 2021, sebanyak  RM 2.9 Juta telah diperuntukkan untuk pembangunan projek padi di Negeri Selangor dan peruntukkan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada  memberi manfaat kepada  5,000 orang pesawah di kawasan Barat Laut Selangor yang terlibat dengan program Pembangunan Tanaman Padi tahun ini.

    Di peringkat Kerajaan Persekutuan pula, Kementerian Pertanian Industri dan Makanan (MAFI) sedang memantau kenaikan harga baja dan racun yang membebankan para petani dan pekebun kecil di seluruh negara ketika ini. Pihak  MAFI pada ketika ini sedang menggerakkan satu “Taskforce” bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kewangan untuk mengambil tindakan yang perlu bagi membantu para petani menghadapi kenaikan harga baja dan racun.

Lampiran

Tiada Lampiran.