Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

25) PENINGKATAN KES PENDERAAN DAN MENTAL

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang dilakukan serta perancangan masa depan JK Tetap Hal Ehwal Agama Islam bagi menangani isu penderaan dan mental?

    JK Tetap Hal Ehwal Agama Islam melalui JAIS sedang menggerakkan fungsi Pusat Islamic, Saviour, Obedience (ISO) JAIS Prihatin di setiap daerah Negeri Selangor. Pusat tersebut berperanan sebagai penyelaras/ koordinator khidmat nasihat, bimbingan dan rundingcara secara percuma kepada masyarakat. Peranan pusat ini juga termasuklah dalam hal menerima panggilan berkaitan penderaan mental dan fizikal serta merujuk kes kepada pihak yang berbidangkuasa seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia sekiranya perlu.

  2. Berapa banyak kes yang telah berjaya ditangani dan berjaya sehingga ke peringkat memberi pembelaan kepada mangsa? Nyatakan kes-kes tersebut.

    Bidang kuasa JAIS bukanlah seperti pihak PDRM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menangani kes-kes penderaan yang berlaku. JAIS hanya berbidang kuasa tentang urusan perkahwinan dan hak-hak serta tanggungjawab kepada pasangan suami isteri dan anak- anak sahaja. JAIS juga akan mencadangkan beberapa tindakan yang boleh dilaksanakan seperti mengikuti bimbingan, rundingcara dan permohonan fasakh mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 sekiranya perlu berkenaan isu penderaan ini.

    Jumlah kes keganasan rumah tangga bagi bulan Januarii hingga Mei 2021 yang didaftarkan untuk diberikan bimbingan dan rundingcara adalah sebanyak 191 kes mengikut pecahan daerah seperti berikut:

    PAID JAN FEB MAC APRIL MEI JUMLAH
    PETALING 13 4 15 15 22 69
    KLANG 8 2 0 4 2 16
    GOMBAK 5 3 9 6 5 28
    HULU LANGAT 6 7 12 6 7 38
    KUALA LANGAT 4 1 2 4 3 14
    HULU SELANGOR 0 1 0 1 1 3
    KUALA SELANGOR 1 0 1 1 3 6
    SABAK BERNAM 0 1 0 0 1 2
    SEPANG 2 3 5 4 1 15
    JUMLAH 39 22 44 41 43 191

Lampiran

Tiada Lampiran.