Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
56) PENINGKATAN KES JENAYAH
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan bilangan kes-kes jenayah dan jenisnya yang terdapat di Selangor mengikut daerah?
- KADAR JENAYAH INDEKS SELANGOR JAN 2009
BIL DAERAH P/JAYA S/JAYA KLG GBK KJG AMP.JAYA S/A K/LGT K/SEL H/SEL S/BNM SPG JUMLAH J/KEKERASAN 1 BUNUH 0 1 3 1 2 0 0 0 0 1 0 0 8 2 ROGOL 4 3 7 5 3 4 6 2 6 7 1 1 49 3 SMN B’KWN S’API
1 0 0 0 0 0 1 0 0 1 0 0 3 4 SMN B’KWN T/API 142 91 102 131 83 102 38 15 14 18 3 16 755 5 SMN B’SENJATAPI 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 6 SMN TANPA S’API 16 8 11 22 14 10 3 4 0 0 1 3 92 7 CEDERA (324-6 KK) 11 26 21 8 21 19 7 12 5 3 0 4 137 JUM.KEKERASAN
174 129 144 167 123 135 55 33 25 30 5 24 1044 JENAYAH HARTABENDA 1 CURI 111 96 38 79 62 89 79 16 8 13 9 22 622 2 C/M/VAN/LORI 23 28 31 20 25 23 9 3 5 2 2 1 172 3 C/MOTOKAR
76 63 45 27 51 41 41 4 7 0 5 3 363 4 C/MOTOSIKAL 242 155 189 184 203 153 119 44 35 21 12 31 1388 5 CURI RAGUT 17 26 9 5 7 51 23 6 0 3 1 0 148 6 PRC SIANG 77 51 16 56 57 54 17 0 1 0 0 6 335 7 PRC MALAM 59 97 49 70 36 77 22 19 6 24 4 12 475 JUM.HARTABENDA 605 516 377 441 441 488 310 92 62 63 33 75 3503 JUMLAH BESAR 779 645 521 608 564 623 365 125 87 93 38 99 4547 -
Apakah telah dibuat satu kajian khas tentang peningkatan kes-kes jenayah ini dan apakah sebenarnya punca-punca peningkatan tersebut?
Bagi Kes-kes Samun Berkawan Tanpa Senjata api:
- Kurangnya kesedaran individu / mangsa akan langkah-langkah
- Individu yang lalai sentiasa menjadi ’easy prey’penjenayah.
Bagi kes curi motorsikal / Pecah rumah dan curi:
- Kurangnya kesedaran masyarakat umum berkaitan keselamatan kenderaan.
- Ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada kenderaan kurang kompeten dengan perkembangan teknologi masa kini
-
Apakah program-program yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi menangani belia-belia yang terlibat dengan jenayah dan gejala sosial?
Kerajaan Negeri Selangor menerusi agensi-agensi termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sentiasa peka dan memandang serius masalah jenayah dan gejala sosial yang melibatkan belia-belia terutama membabitkan para pelajar pengajian tinggi dan pelajar sekolah, maka beberapa pendekatan diambil dalam menangani isu ini. Ini membabitkan beberapa penganjuran dan membantu mana-mana agensi kerajaan/ NGO dalam aktiviti yang dianjurkan. Di peringkat Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) Selangor beberapa langkah diambil antaranya;
- Mengadakan program Kempen Pencegahan Jenayah dalam memberikan info-info serta kesedaran kepada para belia-belia berhubung jenayah.
- Menyertai program-program yang dianjurkan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan melibatkan acara sukan, sosial dan ceramah seperti Rakan Muda, Rakan Sebaya atau Rakan Rempit.
- Mengadakan sesi-sesi pameran pencegahan jenayah dalam program yang dianjurkan oleh pihak IPTA/ IPTS dan sekolah-sekolah dan mengedarkan risalah-risalah, poster pencegahan jenayah.
- Menempatkan pegawai-pegawai perhubungan IPTA/IPTS dan di sekolah-sekolah dalam membantu menangani masalah yang dihadapi oleh pihak berkenaan.
- Mengadakan sesi ceramah/ dialog melibatkan agensi swasta/NGO dalam program yang diadakan di peringkat perumahan/ desa / komuniti.
- Sentiasa membuat pemereksaan di pusat-pusat hiburan/ Cyber Cafe melibatkan para belia terutama para pelajar tidak terlibat dalam aktiviti ponteng sekolah.
- Dalam menangani belia-belia dalam aktiviti Mat Rempit pihak PDRM hanya mengambil tindakan menguatkuasa undang-undang terhadap salah laku merempit di jalan raya dalam operasi–operasi yang dijalankan dari masa kesemasa. Sementara bagi perancangan tapak litar terpulang kepada kerajaan negeri untuk melulus dan melaksanakan program tersebut.