Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

253) PENINGKATAN INFRASTRUKTUR DUN SABAK: JALAN LADANG YANG AKAN DINAIK TARAF KE JALAN PLB

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jalan-jalan ladang yang akan di naik taraf sebagai jalan PLB dalam DUN Sabak.

    Berdasarkan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri 4.0 terbitan 1 Oktober 2024 Jalan Pertanian/ Jalan Ladang adalah jalan yang menghubungkan kawasan pertanian dengan jalan raya utama negeri/ Jalan PBT/ Jalan Kampung dan jaringan jalan dalam kawasan pertanian. Secara amnya, Jalan Ladang adalah jalan yang digunakan oleh jentera berat seperti jentera pemotong padi, lori mengangkut padi dan lori sawit bagi tujuan mengeluarkan hasil pertanian. Sebahagian jalan ladang ini juga diambil alih tanggungjawab penyelenggaraannya oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Sabak Bernam daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabak Bernam berdasarkan kesesuaian serta kekangan peruntukan oleh agensi penyelenggara

     

    Jalan ladang tidak sesuai untuk dinaiktaraf ke jalan berturap disebabkan  kemungkinan jalan tersebut akan kerap mengalami kerosakan akibat dilalui oleh jentera atau kenderaan berat pertanian. Hal ini boleh membahayakan keselamatan penduduk dan pengguna jalan ladang tersebut. Dalam hal ini, tiada sebarang perancangan kerja naik taraf ladang untuk dilaksanakan bagi tahun 2025 termasuk di kawasan DUN Sabak.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.