Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

158) PENINGKATAN HASIL PESAWAH PADI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk membantu pesawah padi meningkatkan mutu & hasil pendapatan mereka?

    Perancangan kerajaan negeri untuk membantu pesawah padi meningkatkan mutu hasil dan pendapatan mereka adalah seperti berikut:

     

    1. Pengamalan Pakej Teknologi Padi

    Keutamaan kepada pengamalan teknologi ‘Rice Check’ dimana tumpuan diberi kepada :

    • Penggunaan benih CL bagi kawalan padi angin atau benih
    • Perataan tanah untuk penapakan dan pengurusan air sawah Pembajaan
    • Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)

     

    1. Perladangan Persis

    Membangun dan menilai teknologi pengurusan tanaman padi yang bersesuaian dan ke arah amalan pertanian baik. Kearah itu, data asas dan maklumat kesuburan tanah dikumpul dan dianalisa untuk mengetahui tahap kesuburan tanah pada masa tersebut dengan menggunakan teknologi pertanian persis atau teknologi ’Remote Sensing’.

     

    1. Pengurusan Perosak Bersepadu

    Salah satu faktor yang mempengaruhi peningkatan hasil padi adalah pengurusan perosak dan penyakit tanaman padi. Keadaan ini memerlukan pemerhatian dan penumpuan khusus kepada pengurusan secara bersepadu perosak dan penyakit, terutamanya bila berlaku wabak (outbrake).

     

    1. Automasi dan mekanisasi

     

    Aktiviti ini bertujuan mempromosi automasi dan mekanisasi serta aktiviti persawahan dengan memperluaskan penggunaan mesin dan jentera oleh pengusaha sawah. Mesin, jentera dan peralatan terkini berdasarkan perkembangan teknologi semasa yang sesuai akan diperolehi sebagai kaedah mempromosi penggunaan di kalangan pengusaha.

     

     

    1. Pembangunan institusi petani

    Memperkasakan modal insan dan meningkatkan keupayaan R & D pegawai dan petani dalam sektor tanaman padi melalui latihan amali dan teori oleh pakar. Juga melalui kursus, hands-on, lawatan, seminar dan sesi kerja.

     

    1. Pengurusan Berpusat

    Menggalakkan pesawah dalam satu kawasan atau blok untuk bergabung dan berfungsi sebagai satu unit pengeluaran supaya semua aktiviti berkaitan tanaman padi dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan. Serta menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan pesawah yang mengamalkan Pertanian Lestari. Pesawah akan diberi insentif berdasarkan kecekapan pengurusan yang mematuhi 10 faktor penentu meningkatkan hasil padi, aktiviti-aktiviti pertanian lestari serta pensijilan Amalan Pertanian Baik (MyGAP).

  2. Perincikan bentuk bantuan yang telah disalurkan kepada pesawah padi sepanjang tahun 2013 sehingga suku terakhir 2014 & sila nyatakan jumlahnya mengikut kawasan yang terlibat?

    Bantuan Projek Tanaman Padi yang telah disalurkan kepada pesawah di Negeri Selangor sepanjang tahun 2013 dan 2014 mengikutb kawasan terlibat adalah seperti berikut:

     

    Daerah Peruntukkan 2013 Peruntukkan 2014
    Pembangunan (RM) Mengurus (RM) Pembangunan (RM) Mengurus (RM)
    Sabak Bernam 1,740,280.00 151,489.00 1,253,205.00
    Kuala Selangor 916,920.00 80,000.00 925,425.00
    Jumlah 2,657,200.00 231,489.00 2,178,630.00

     

    Manakala bentuk bantuan Projek Tanaman Padi adalah seperti berikut: 01-Skop Projek Tanaman Padi

    (i)       Pengamalan Pakej Teknologi Padi Terkini
    ·         Bantuan input benih padi CL

    ·         Bantuan input seperti baja kimia, urea dan baja organik/natural farming dan bahan pereput jerami.

    (ii)      Perladangan Persis
    ·         Mewujudkan model Perladangan Persis dengan membangunkan teknologi pengurusan tanaman padi melalui kerjasama UPM untuk membuat Soil EC Mapping Plot (pemetaan kesuburan tanah)
    (iii)     Pengurusan Perosak Bersepadu
    ·         Bantuan dalam bentuk input racun (rumpai, serangga dan kulat) untuk pengurusan perosak dan penyakit tanaman padi secara bersepadu dengan penumpuan kepada kawasan berlaku wabak (outbrake).

    ·         Bantuan untuk pembinaan rumah burung pungguk bagi kawalan biologi perosak tikus.

    (iv)     Automasi dan mekanisasi
    ·         Perolehan mesin, jentera dan peralatan yang dapat mempercepat dan memudahkan operasi ladang. Pembelian mesin-mesin terkini berdasarkan perkembangan teknologi semasa.

    ·         Bantuan kaedah penanaman secara ‘transplanter’ atau ‘row seeder’.

    (v)    Pembangunan institusi petani
    ·         modal insan dan meningkatkan keupayaan R & D pegawai dan petani dalam sektor tanaman padi melalui latihan amali dan teori oleh pakar. Juga melalui kursus, hands-on, lawatan, seminar dan sesi kerja.
    (vi)    Perolehan peralatan saintifik
    ·         Peralatan ini membantu aktiviti kutipan data dan pertanian persis melalui penggunaan peralatan seperti Leaf Color Chart, pH meter, Auger dan SPAD Meter with Data Logger atau peralatan terkini berdasarkan perkembangan

    teknologi semasa

    (vii) Pengurusan Berpusat Padi
     

    ·         Pembinaan bengkel untuk menghasilkan produk pertanian lestari

    ·         Pemberian insentif peralatan pertanian untuk kumpulan petani yang telah mendapat pensijilan MyGAP

Lampiran

Tiada Lampiran.