Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

270) PENINGKATAN HASIL PERTANIAN LUAR BANDAR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri berhasrat menubuhkan pusat kaji selidik dan membangun ( RND ) di kawasan DUN sungai air tawar bagi tujuan pembangunan pertanian bersepadu untuk Negeri Selangor?

    Pada ketika ini, Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di kawasan DUN Sungai Air Tawar memandangkan pada ketika ini Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Malaysia (MARDI) Selangor telahpun mempunyai stesen-stesen penyelidikan di Kelang, Tanjung Karang dan Serdang dan setiap satunya mempunyai bidang kepakaran tersendiri

    Namun begitu, melalui pelaksanaan inisiatif klusterisasi pertanian yang turut menumpukan Daerah Sabak Bernam, Kerajaan Negeri boleh mengkaji kesuaian Kawasan DUN Air Tawar untuk tujuan tersebut pada masa akan datang.

    diri.

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang diperuntukkan jika ada?

    Memandangkan perkara tersebut masih belum dilaksanakan, tiada peruntukan yang disediakan pada ketika ini.

  3. Berapa lama tempoh masa diambil untuk tujuan tersebut?

    Kerajaan Negeri belum menetapkan tempoh untuk pelaksanaan penubuhan penyelidikan dan pembangunan (R&D) memandangkan perkara tersebut belum termasuk dalam agenda untuk pelaksanaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.