Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

1) PENINGKATAN HASIL KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan syarikat-syarikat yang dilantik untuk mengorek hasil pasir di negeri Selangor?

    Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., kontraktor-kontraktor yang dilantik melalui tender terbuka untuk lombong-lombong setakat ini adalah:-

    1. Lombong DK1 – Wawasan Dengkil Sdn. Bhd.
    2. Lombong DK2 – Hai Thiong Construction
    3. Lombong BJ1 – Plot A – Low Chai Eng & Sons Trading Sdn. Bhd.
    4. Lombong BJ1 – Plot B – Resvil Holding Sdn. Bhd.

     

  2. Berapakah jumlah hasil pasir yang berjaya dikutip sejak Pakatan Rakyat memerintah berbanding kerajaan terdahulu?

    Jumlah bayaran royalti bagi permit pasir sejak Pakatan Rakyat memerintah adalah sebanyak RM6,359,064.29 manakala jumlah jualan oleh KKSB adalah sebanyak 04 juta dengan keuntungan bersih sebelum cukai sebanyak RM2.5 juta.

     

  3. Apakah tindakan kerajaan untuk membanteras aktiviti mencuri pasir?

    Tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani isu kecurian pasir adalah seperti berikut: –

    1. Menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd bagi mengawal pemasaran pasir di Negeri Selangor;
    2. Melaksanakan Operasi Statik 24 jam di lokasi-lokasi yang dikenalpasti menjalankan aktiviti pengeluaran pasir secara tidak sah; dan
    3. Operasi serbuan dan penangkapan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.