Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
90) PENINGKATAN HARGA RUMAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berlaku peningkatan harga rumah agak melampau di Bandar-bandar dan taman-taman perumahan. Sebuah rumah teres kalau dulu dalam lingkungan RM100,000 kini meningkat melebihi RM200.000 hingga dirasakan generasi anak-anak kita tidak lagi mampu membeli rumah kediaman, apa lagi bangunan komersil. Bagaimanakah kaedah penetapan harga rumah PKNS?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 22 Oktober 2009
telah menolak soalan ini -
Tidak adakah polisi Kerajaan Negeri tentang pengawalan harga rumah?
Dalam mengawal harga rumah supaya setiap golongan rakyat berpeluang memiliki
rumah kediaman berdasarkan pendapatan mereka, Kerajaan Negeri telah mengekalkan
dasar di mana setiap pembangunan yang dijalankan di Negeri Selangor yang melebihi
keluasan 10 ekar, pemaju diwajibkan menyediakan rumah mampu milik yang mana jenis
dan harga jualannya adalah seperti berikut:
Tujuan pengenalan dasar ini adalah untuk memastikan keperluan golongan
berpendapatan rendah dan sederhana dalam pemilikan rumah tidak diabaikan oleh
pihak pemaju sebagai tanggungjawab sosial di samping penyediaan rumah harga tinggi.
Penetapan komposisi penyediaan rumah dan penentuan harga akan ditentukan oleh
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semasa peringkat kelulusan pemberimilikan
dan pembangunan tanah yang meliputi tukar syarat dan pecah sempadan. Semua
syarat yang ditetapkan oleh MMKN ini perlu dipatuhi oleh pemaju termasuklah dalam
penentuan harga. Sebarang pelanggaran syarat yang dibuat oleh MMKN akan
mengakibatkan proses kelulusan pindah milik daripada pemaju kepada pembeli pertama
akan terhalang. -
Bagaimanakah polisi Kerajaan Negeri terhadap harga rumah swasta di Negeri Selangor?
Dasar Pembangunan Tanah yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam
mengawal harga rumah yang dibangunkan oleh pihak swasta adalah sama seperti yang
dinyatakan di atas.
Di samping penetapan jenis kediaman, Kerajaan juga telah menetapkan harga rumahrumah mampu milik ini dijual pada harga kawalan yang mana pecahannya seperti
berikut:
Bil. Kawasan Jenis Bangunan Harga (RM) Potongan
Harga
Bumiputera
20% rumah kos rendah 42,000.00 –
20% rumah kos
sederhana rendah
72,000.00 7%
10% rumah kos
sederhana
100,000.00 7%
1. Dalam kawasan
Majlis
Perbandaran
(Lembah Klang)
Lain-lain jenis bangunan
kediaman
Bebas 7%
20% rumah kos rendah 35,000.00 –
20% rumah kos
sederhana rendah
60,000.00 7%
10% rumah kos
sederhana
85,000.00 7%
2. Dalam kawasan
Majlis Daerah
Lain-lain jenis bangunan
kediaman
Bebas 7%
20% rumah kos rendah 30,000.00 –
10% rumah kos
sederhana rendah
50,000.00 7%
10% rumah kos
sederhana
70,000.00 7%
3. Luar kawasan
Majlis Daerah /
Majlis
Perbandaran
Lain-lain jenis bangunan
kediaman
Bebas 7%
Bagi pembangunan yang kurang 10 ekar (2 – 10 ekar) pula, syarat penyediaan 30%
rumah kos sederhana akan dikenakan ke atas pemaju yang mana harga jualan yang
ditetapkan adalah RM100,000 seunit dengan potongan 7% kepada pembeli bumiputera.
Walaupun bagi kategori lain-lain jenis bangunan kediaman pemaju bebas untuk
menetapkan harga jualannya, namun kelulusan daripada Kerajaan Negeri melalui Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) masih diperlukan dalam penentuan harga dan
sebarang pindaan harga jualan yang hendak dibuat juga perlu dibawa ke pertimbangkan
MMKN sebelum ia diluluskan. Penetapan harga rumah seperti yang dinyatakan di atas
merangkumi semua pembangunan sama ada dimajukan oleh anak syarikat Kerajaan
Negeri mahupun dimajukan oleh pihak swasta.