Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

427) PENINGKATAN GAJI DAN ELAUN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan ada rancangan untuk meningkatkan gaji kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN memandangkan RM2000 tidak cukup untuk menanggung kos sara hidup?

    Sebagai makluman Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu, Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan mengkaji pelarasan gaji bagi kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat seluruh Selangor yang akan dilihat bersekali dengan jawatan-jawatan setara yang lain.

  2. Adakah kerajaan ada rancangan untuk meningkat elaun PWB memandang gaji minimum akan naik kepada RM1700 berkuatkuasa 1 Februari 2025?

    Sebagai makluman Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu, bayaran perkhidmatan Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) adalah berbentuk elaun bulanan dan bukannya dalam bentuk gaji. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan mengkaji keperluan kenaikan bergantung kepada kedudukan kewangan negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.