Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

57) PENIAGA WARGA ASING

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang dikenakan oleh pihak PBT terhadap mereka yang menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing?

    Tindakan sitaan dan pembatalan lesen (jika berlesen) akan dilaksanakan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil MPAJ, UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPAJ) 2007 dan UUK Pelesenan Establisymen Makanan (MPAJ) 2007 jika premis perniagaan dapat dibuktikan bahawa lesen perniagaan disewakan kepada warga asing.

     

    Kelulusan lesen penjaja tidak diberi kepada mana-mana warga asing untuk beroperasi selaras dengan arahan Kerajaan Negeri Selangor. Tindakan sitaan dan pembatalan lesen (jika berlesen) boleh dilaksanakan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil MPAJ, UUK Penjaja MPAJ 2007.

     

    PBT Tahun Kompaun Sitaan Notis Pembatalan Lesen (NPL) Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL)
    MPAJ 2024 893 270 22 5

     

    * Tindakan penguatkuasaan dijalankan atas kesalahan menggajikan pekerja warga asing tanpa permit.

Lampiran

Tiada Lampiran.