Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

221) PENIAGA WARGA ASING

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa perbandingan pemilikan perniagaan antara warganegara dan warga asing di Bandar Klang ?

    Kerajaan Negeri tidak mempunyai data yang khusus bagi perbandingan tersebut. Walau bagaimanapun, semua lesen dikeluarkan kepada warganegara sahaja. Tiada lesen dikeluarkan kepada warganegara asing tanpa

  2. Apa tindakan kerajaan negeri dalam mencegah penumbuhan premis perniagaan warga asing di sekitar Selangor khususnya Bandar Klang ?

     

    Tindakan penarikan lesen akan diambil kepada mana-mana pemilik yang mengakibatkan lesen-lesen yang dikeluarkan dan diberikan pada orang asing. Pihak Majlis menjalankan tindakan penyitaan ke atas penjaja warga asing di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang. Bagi tempoh Jan – Okt 2014 sebanyak 191 tindakan sita telah dilaksanakan. Statistik seperti di bawah:

     

    Bil Bulan (2014) Jumlah Sitaan
    1 Januari 21
    2 Februari 20
    3 Mac 20
    4 April 17
    5 Mei 15
    6 Jun 31
    7 Julai 17
    8 Ogos 15
    9 September 23
    10 Oktober 12
      Jumlah 191

     

Lampiran

Tiada Lampiran.