Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
195) PENIAGA WARGA ASING
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peniaga warga asing di Selangor mengikut daerah.
PBT tidak memberikan sebarang lesen atau permit kepada warga asing. Namun kebanyakan warga asing yang berniaga adalah menggunakan lesen perniagaan milik warganegara. PBT tidak dapat mengeluarkan kompaun ke atas penjaja-penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan kerana segelintir daripadanya tidak mempunyai dokumen yang sah atau dokumen pengenalan diri yang tetap (pasport). Sehubungan dengan itu, pihak PBT mengambil tindakan sitaan/ pindah alih berdasarkan peruntukan undang-undang yang digunapakai bagi menangani permasalahan ini. Perincian jumlah sitaan adalah seperti di Jadual 1:
Jadual 1 : Bilangan sitaan barang perniagaan bagi warga asing di PBT Negeri Selangor
PBT Bilangan sitaan MBSA 1,002 MBPJ 111 MPK 254 MPAJ 180 MPSJ 35 MPS 58 MPKj 203 MPSp 65 MDKL 57 MDHS 38 MDKS 16 MDSB 0 JUMLAH 2,019 -
Nyatakan jumlah saman dan tindakan undang-undang kepada peniaga warga asing pada tahun 2016.
Sama seperti di SUB(a)