Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
201) PENIAGA MENYOROK BARANGAN KAWALAN BERSUBSIDI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri terhadap isu peniaga yang menyorok minyak masak paket, gula dan barangan kawalan bersubsidi?
1. KPDN Selangor sentiasa menjalankan pemeriksaan keberadaan barang-barang kawalan seperti minyak masak, gula dan lain-lain barang kawalan bagi memastikan tiada aktiviti penyelewengan/ penyorokan ke atas barang-barang kawalan tersebut berlaku. Sekiranya mana-mana peniaga didapati menyorok barang-barang kawalan tersebut untuk tujuan tidak dipasarkan boleh dikenakan tindakan kesalahan dibawah Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961.
2. Penalti dibawah Seksyen 22, Akta Kawalan Bekalan 1961 boleh dikenakan jika berlaku pelanggaran Seksyen 15 iaitu:- (a) Seksyen 22(1) – Mana-mana pihak selain daripada badan korporat jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Untuk kesalahan kali kedua, didenda tidak melebihi RM 3 juta atau dipenjarakan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. (b) Seksyen 22(2) – Mana-mana badan korporat jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 2 juta. Untuk kesalahan kali kedua, didenda tidak melebihi RM 5 juta.
3. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penyorokan barang kawalan boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melalui saluran berikut:
i. WHATSAPP 019-848 8000
ii. APLIKASI EZ ADU KPDN
iii. TALIAN HOTLINE KPDN 1-800-886-800
iv. PORTAL E-ADUAN KPDN http://eaduan.kpdn.gov.my