Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

268) PENIAGA KECIL

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri terhadap peniaga kecil yang baru berjinak dengan perniagaan antaranya peniaga hujung minggu di 'car boot sales' (CBS) dan peniaga pasar malam khususnya di DUN semenyih?

    Pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyokong dan telah membantu peniaga-peniaga kecil khususnya di kawasan Dewan Negeri Semenyih dengan menyediakan lokasi perniagaan yang sesuai kepada peniaga car boot sales (CBS) dan peniaga pasar malam. Selain itu, golongan peniaga-peniaga kecil tersebut dalam pelbagai program anjuran Kerajaan Negeri dan komuniti. Antara contoh program yang dilibatkan adalah Program Kempen Kelestarian Alam Sekitar seperti Hari Mantai Di Pekan Sehari Beranang dan Program Bazar Ramadhan Mampan di Bandar Tasik Kesuma.

  2. Apakah status terkini projek naik taraf tapak Laman Niaga di Bandar Seri Putra, Bangi?

    Projek naik taraf tapak Laman Niaga di Bandar Seri Putra, Bangi kini sedang dalam peringkat penyediaan final layout plan dan spesifikasi kerja. Projek ini diijangka akan diiklankan dan melalui perolehan secara tender terbuka pada pertengahan bulan Mac 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.