Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

99) PENIAGA KECIL

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah ada kajian menaik taraf dan menambah bilangan gerai-gerai sedia ada di DUN Meru?

    1. Kajian menaik taraf dan menambah bilangan gerai-gerai sedia ada di DUN Meru.
  2. Apakah ada kajian bagi peraturan kecil tambahan terhad bagi peniaga di tepi jalan atau rizab kerajaan bagi mengatasi kekurangan tempat peniaga.

    1. Tiada kajian bagi peraturan kecil tambahan terhad bagi peniaga di tepi jalan atau rizab kerajaan bagi mengatasi kekurangan tempat peniaga ini kerana tepi jalan dan rizab Kerajaan adalah di bawah bidang kuasa Pentadbir Tanah. Lesen gerai yang dibenarkan hanyalah untuk gerai-gerai Majlis dan gerai-gerai persendirian yang telah mendapat kelulusan kebenaran merancang dan pembangunan.

Lampiran

Tiada Lampiran.