Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

129) PENGUSAHAAN PERKEMBANGAN SCIENCE PARK DI KOTA DAMANSARA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila jelaskan kedudukan Science Park dengan memberi angka statistik dari tahun 2000 hingga 2007, berapa pengusaha dan pelabur yang melabur membeli tanah di situ. Jumlah luas tamah yang dibeli, dijual dan berapa harganya? Nyatakan ciri-ciri pelabur yang telah melabu iaitu pelabur tempatan atau asing, jenis perindustrian dan jumlah kapital yang dilaburkan

    Status Selangor Science Park I, Kota Damansara bagi tahun 2000 – 2007

    Ciri – ciri pelabur seperti berikut;-
    i. Teknologi pembuatan termaju
    ii. Bahan termaju
    iii. Teknologi maklumat
    iv. Elektronik
    v. Bioteknologi & farmaseutikal

  2. Biasanya tunggu berapa lama sebelum permohonan ditimbangkan

    Tempoh proses permohonan adalah selama 1 bulan.

  3. Apakah langkah-Iangkah dan insentif yang telah digunakan untuk menarik pengusaha?Kenapa?

    Langkah-langkah dan insentif untuk menarik pelabur bagi melabur adalah seperti berikut;-

    1. Insentif harga yang ditawarkan seperti berikut;

    Selain itu, kerajaan juga mengambil beberapa langkah penggalakan pelaburan seperti berikut;-

    1. Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang liberal dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.

    2. Mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang
    dihadapi oleh pihak industri/pelabur di Selangor.

    3. Menaik taraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan kawasan perindustrian yang selesa.

    4. Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak
    industri.

    5. Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil
    Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain
    kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur.

    6. Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Daerah bagi memantau
    perlaksanaan projek-projekpelaburan di setiap daerah.

    7. Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan
    Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa
    Tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.