Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

179) PENGUSAHA PUSAT KITAR SEMULA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pengusaha pusat kitar semula di Selangor mengikut PBT?

    Maklumat pengusaha pusat kitar semula bagi setiap PBT adalah seperti di dalam jadual: –

     

     

    PBT

     

    JUMLAH PENGUSAHA Pusat Kitar Semula

    MBSA 6
    MBPJ 2
    MPK 5
    MPAJ 1
    MPS 140
    MPSJ 20
    MPKJ 62
    MPSP 21
    MDKL 2
    MDKS 17
    MDHS 3
    MDSB 2
    JUMLAH 281
  2. Apakah syarat yang harus dipatuhi untuk membuka pusat kitar semula?

    Maklumat syarat-syarat pembukaan Pusat Kitar Semula (PKS) bagi setiap PBT adalah seperti di dalam jadual: –

     

    PBT SYARAT-SYARAT PEMBUKAAN PKS
    MBSA 1. PKS hendaklah beroperasi 6 hari seminggu dan tidak dibenarkan

     

      ditutup pada hujung minggu atau cuti umum

    2.      Waktu operasi bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

    3.      Pengusaha perlu membayar sewa yang telah ditetapkan oleh pihak majlis

    4.      Penyimpanan data kitar semula hendaklah menggunakan sistem komputer.

    5.      Pengusaha PKS perlu menghantar laporan kepada pihak majlis setiap bulan

    6.      Dilarang menjadikan kemudahan PKS ini sebagai pusat bahan lusuh atau besi buruk

     

     

    MBPJ

    1.  Sentiasa menjaga kebersihan di sekitar Pusat Kitar Semula bagi mengelakkan pembiakan jentik – jentik dan rodensia lain.

    2.  Sekiranya terdapat sampah di sekitar Pusat Kitar Semula, pihak tersebut bertanggungjawab untuk membersihkan dan melupuskannya  di tempat yang dibenarkan atas tanggungjawab sendiri.

    3.  Dilarang melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka.

     

     

     

    MPK

    1.              Pemohon hendaklah mengemukakan pelan tapak yang menunjukkan lokasi penempatan tong (KIOSK) kitar semula.

    2.              Pemohon hendaklah memastikan bahawa tong berkenaan diletakkan   di kawasan yang sesuai dengan tidak menjejaskan tanaman landskap yang

    ditanam dan diselenggarakan oleh pihak Majlis Perbandaran Klang.

    3.              Tong (KIOSK) tidak boleh diletakkan bertentangan dengan premis

    4.              Peletakan Tong (KIOSK) tidak boleh menyebabkan timbul kacau ganggu kepada pengguna jalan raya dan tidak menghalang lalu lintas.

     

     

     

     

     

    MPAJ

    1.      Pengusaha akan dikenakan sewaan sebanyak RM140.00 sebulan.

    2.        Pengusaha perlu mengekalkan identiti asal dan tidak dibenarkan menjadikan kemudahan sebagai pusat barang lusuh / besi buruk;

    3.        Penggunaan premis tidak melebihi dari Premis Kitar Semula.

    4.        Tambahan/ mengubah rupa asal bangunan adalah tidak dibenarkan;

    5.        Perlu menyediakan papan tanda yang memaparkan perkara berikut dengan jelas:

    ·         Jadual operasi Pusat Kitar Semula (Hari dan masa)

    ·         Jenis barangan kitar semula yang diterima dan harga

    6.      Bayaran bil api dan air perlu dijelaskan segera sebaik bil diterima. Salinan bayaran hendaklah dikemukakan kepada MPAJ dua (2) bulan sekali.

     

     

     

    MPS

    1.      “Hoarding” hendaklah dibina di sekeliling PKS dengan ketinggian 8 kaki.

    2.      Semua kerja-kerja hendaklah dilakukan di kawasan Hoarding

    3.      Mendapatkan lesen daripada MPS

    4.      Aktiviti perniagaan bermula 7.00 pagi hingga 6.00 petang

    5.      PKS hendaklah melantik syarikat swasta untuk menjalankan kerja-kerja pengawalan serangga

    6.      Tahap kebersihan perlu diutamakan

    7.      Semburan nyamuk perlu dijalankan mengikut jadual oleh pihak PKD atau MPS

     

     

     

     

     

     

     

     

    MPSJ

    1.      Pengusaha PKS hendaklah mengekalkan identiti pusat

    2.      Pengendali   PKS    hendaklah   menyediakan   ruang   informasi                        bagi menyampaikan mesej kesedaran penjagaan alam sekitar

    3.      Pengusaha PKS hendaklah memaparkan dengan jelas Jadual Operasi dan Jenis Barangan Kitar Semula yang diterima

    4.      Hendaklah menjaga tahap kebersihan

    5.      Tahap-tahap keselamatan juga perlu diutamakan.

    6.      Pengusaha diwajibkan menghantar Laporan Bulanan kepada pihak majlis

    MPKJ 1.    Mengguna pakai Garis Panduan Lesen Perniagaan & Perindustrian MPKJ
     

     

    MPSP

    1.      Pemohon perlu berada di kawasan industri. Jika berada di lot pertanian atau komersial, permohonan tidak akan diterima.

    2.      Pihak jabatan perlu mendapat ulasan pihak Polis terlebih dahulu sebelum kelulusan dikeluarkan.

    3.      Perlu mendapat ulasan jabatan teknikal terlebih dahulu sekiranya diperlukan (cth JAS)

     

     

     

    MDKL

    1.      Mendapat ulasan sokongan permohonan daripada agensi / jabatan berkaitan seperti JAS dan Pejabat Kesihatan Daerah.

    2.      Sebarang pembinaan di atas tapak hendaklah mendapat kelulusan daripada Jabatan-Jabatan berkaitan di Majlis Daerah Kuala Langat.

    3.      Tahap kebersihan hendaklah dipastikan sentiasa terjaga.

    4.      Tidak dibenarkan membuat pembakaran di premis.

    5.      Aktiviti perniagaan hendaklah bermula dari jam 7.00 pagi dan berakhir selewat-lewatnya jam 6.00 petang. Tidak dibenarkan sama sekali  aktiviti urusniaga pada sebelah malam.

     

     

     

     

     

     

     

    MDKS

    1.      Premis dibenarkan menjalankan perniagaan hanya di kilang atau di atas tapak bukan perumahan, perniagaan komersial dan tempat awam

    2.      Perlu mendapatkan permit yang diluluskan oleh pihak Polis.

    3.      Mengadakan pagar sekeliling, pintu keluar / masuk dan lampu yang sempurna dan selamat.

    4.      Mempamerkan papan tanda ‘larangan merokok’, (ukuran 40sm x50sm), ‘utamakan keselamatan’, ‘menjaga kebersihan’, dan menggunakan alat perlindungan’ yang sempurna dan mencukupi.

    5.      Mengadakan sistem perparitan yang sempurna.

    6.      Mengadakan alat pemadam api yang sesuai dan mencukupi yang diluluskan oleh pihak Bomba.

    7.      Mengadakan perkhidmatan pembuangan sampah yang dilesenkan oleh MDKS.

    8.      Dilarang menyimpan barang-barang yang merbahaya, bahan-bahan pembuangan dan sisa-sisa toksik yang boleh meletup.

    9.      Premis perlu sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan baik

     

     

     

     

     

    MDHS

    1.      Aktiviti perniagaan hendaklah bermula dari jam 7.00 pagi dan berakhir selewat-lewatnya jam 6.00 petang

    2.      Sebarang pembinaan di atas tapak hendaklah mendapat kelulusan daripada Jabatan-Jabatan berkaitan

    3.      Pengusaha diwajibkan menghantar Laporan Bulanan kepada pihak majlis

     

     

    MDSB

    1.      Pengusaha PKS hendaklah mengekalkan identiti pusat

    2.      Pengendali   PKS    hendaklah   menyediakan   ruang   informasi                        bagi menyampaikan mesej kesedaran penjagaan alam sekitar

    3.      Tahap kebersihan hendaklah dipastikan sentiasa terjaga.

    4.      PKS hendaklah melantik syarikat swasta untuk menjalankan kerja-kerja pengawalan serangga

  3. Apakah tindakan kerajaan negeri bagi memastikan pusat kitar semula mematuhi syarat yang ditetapkan?

    Tindakan terhadap pusat kitar semula agar patuh pada syarat-syarat yang di tetapkan bagi setiap PBT adalah seperti di dalam jadual: –

     

    PBT TINDAKAN SEKIRANYA INGKAR SYARAT
    MBSA Sekiranya terdapat perlanggaran syarat, pengusaha pusat kitar semula akan diberi notis amaran. Kompaun akan dikeluarkan sekiranya pengusaha gagal mematuhi arahan notis amaran
    MBPJ Notis amaran akan dikeluarkan jika gagal atau notis patuhi syarat-syarat lesen. Penarikan lesen juga didapati gagal patuhi notis.
    MPK Mengarahkan penutupan KIOSK yang tidak mematuhi syarat yang

    dikenakan.

    MPAJ Notis Penamatan Perkhidmatan akan diserahkan dalam tempoh satu (1) bulan bergantung kepada budi bicara pihak MPAJ.
    MPS Notis 14 hari akan dikeluarkan jika gagal atau notis patuhi     syarat- syarat lesen. Penarikan lesen juga didapati gagal patuhi notis.
    MPSJ Notis Penamatan Perkhidmatan dalam tempoh (1) satu bulan mengikut budi bicara pihak majlis
    MPKJ Penarikan balik lesen sekiranya premis melanggar syarat
    MPSP Notis amaran akan dikeluarkan sekiranya ingkar. Jika didapati peniaga tidak patuh kepada notis tersebut, tindakan penguatkuasaan, kompaun, sita atau pembatalan lesen akan diambil.
    MDKL Sentiasa membuat pemantauan dan arahan untuk mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan.
    MDKS Notis amaran akan dikeluarkan sekiranya ingkar dan seterusnya pembatalan lesen
    MDHS PKS perlu kemukakan Surat tunjuk sebab dan jika masih ingkar pembatalan lesen akan dilakukan.
    MDSB Notis amaran akan dikeluarkan sekiranya ingkar dan seterusnya pembatalan lesen

     

Lampiran

Tiada Lampiran.