Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
217) PENGUSAHA GERAI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik pengusaha gerai yang mendapat permit perniagaan mengikut PBT?
Statistik pengusaha gerai yang mendapat permit perniagaan mengikut PBT adalah:-
Bil. PBT Bilangan Permit Pengusaha Gerai yang diberi
1. MBSA 705 2. MBPJ 1,345 3. MPSJ 486 4. MPKj 195 5. MPS 79 6. MPK 215 7. MPAJ 573 8. MPSp 1173 9. MDKS 370 10. MDSB 399 11. MDKL 285 12. MDHS 162 Jumlah Permit 5,987 ***Sumber : Semua PBT Negeri Selangor
-
Apakah kriteria yang melayakkan mereka mendapatkan permit tersebut?
Kriteria yang melayakkan mereka mendapatkan permit di gerai-gerai kawasan PBT antaranya ialah :-
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas; iii. Keutamaan kepada penduduk Shah Alam; iv. Pengalaman berniaga;
- Tidak mempunyai rekod jenayah; vi. Keutamaan kepada golongan asnaf/ibu tunggal;
vii. Bagi pemohon yang mempunyai pekerjaan tetap tidak akan diberikan keutamaan;
viii.Suami/isteri tidak mempunyai permit/lesen gerai lain;
- Mendapat kebenaran Pejabat Tanah Daerah sekiranya gerai didirikan dia tas tanah kerajaan;
- Mendapat kebenaran Pejabat Tanah Daerah sekiranya gerai didirikan di atas tanah kerajaan;
- Mendapat kelulusan Kebenaran Merancang daripada PBT sekiranya gerai didirikan di atas tanah persendirian;
- Mendapat kelulusan bangunan daripada MPK bagi struktur gerai yang didirikan;
xiii.Semua pengendali makanan hendaklah mendapat suntikan anti Tifiod, menghadiri ceramah kesihatan dan menjalani pemeriksaan kesihatan;
xiv.Mematuhi syarat-syarat pelesenan dan kesihatan.
***Sumber: Semua PBT