Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
180) PENGURUSAN UNISEL
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
UNISEL adalah sebuah institusi yang terkenal di Negeri Selangor. Apakah UNISEL mempunyai tunggakan hutang dan jika ada berapa jumlahnya dan apa kaedah pihak pengurusan UNISEL menyelesaikan tunggakan hutang itu?
Berikut adalah jumlah tunggak hutang dan tindakan pengurusan UNISEL dalam menyelesaikan tunggakan hutang berkenaan.
TEMPOH JUMLAH TUNGGAKAN (RM) KATEGORI TINDAKAN 1 TAHUN – 2 TAHUN 487,847.84 STATUS PELAJAR : ALUMNI, DEFER, QUIT & TERMINATED
1) Defer (Tangguh) kerana masalah kewangan;
2) Terminated & Quit kerana tidak menjelaskan yuran pengajian dan tidak mendaftar pada semester berikutnya.
3) Alumni yang belum menjelaskan yuran pengajian atau yuran graduasi serta sijil transkrip ditahan sehingga yuran dilunaskan
1.SMS kepada Pelajar 2.Menghubungi Pelajar
3.Menghantar Surat Peringatan
4.Menghantar nama untuk di senarai hitam
MELEBIHI 2 TAHUN 11,382,378.08 STATUS PELAJAR : ALUMNI, EXPELLED, QUIT & TERMINATED
Tunggakan ini sejak kemasukan pelajar tahun 2010.
1) Defer (Tangguh) kerana masalah kewangan;
2) Terminated & Quit kerana tidak menjelaskan yuran pengajian dan tidak mendaftar pada semester berikutnya.
3) Alumni yang belum menjelaskan yuran pengajian atau yuran graduasi serta sijil transkrip ditahan sehingga yuran dilunaskan
1.Menghantar nama untuk di senarai hitam 2.Menghantar nama kepada Agen Kutipan Hutang