Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
216) PENGURUSAN TRAFIK DI LEMBAH KLANG
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha-usaha dan rancangan Kerajaan Negeri untuk membantu meringankan kesesakan jalan raya di Lembah Klang?
Pelbagai usaha yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan masalah kesesakan jalan raya di Lembah Klang. Antara usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri adalah dengan memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor yang memberi tumpuan khas kepada enam (6) teras pembangunan yang akan dilaksanakan termasuk memperluaskan sistem pengangkutan awam.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat (RIPAD) yang bertujuan bagi menyelaras perancangan pengangkutan awam secara bersepadu dengan melibatkan pengintegrasian antara mod pengangkutan (teksi, bas, rel, dan udara).
Pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Selangor juga telah mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri untuk :-
- menetapkan kadar pemilikan kenderaan persendirian dan pengangkutan awam dengan nisbah 50:50;
- menyokong cadangan pembinaan pembangunan MRT dan LRT;
- menggalakkan pembangunan berasaskan transit (TOD) dengan memberi penekanan kepada ‘compact city’;