Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

272) PENGURUSAN TRAFIK DI DUN TERATAI

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Jawatankuasa Kajian Pengurusan Trafik di DUN Teratai yang diluluskan dalam mesyuarat JKTD Hulu Langat yang mana MPAJ menjadi urussetia akan mengemukakan laporan kajian berkenaan?

    Laporan akan disediakan setelah perbincangan dilaksanakan bagi mengenalpasti masalah dan cadangan penyelesaian. Untuk makluman, mesyuarat bersama pihak-pihak berkaitan melibatkan penduduk dan agensi kerajaan akan dibuat bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan kesesakan yang berlaku di jalan Bunga Mawar 4 berhampiran pusat perniagaan Taman Muda. Antara faktor penyumbang kepada kesesakan adalah aktiviti pasar pagi yang berada dalam kawasan pusat perniagaan yang menyumbang kepada kesesakan di waktu pagi. Faktor lain adalah disebabkan oleh kenderaan terpaksa menunggu di lampu isyarat Jalan Bunga Mawar 4 yang ingin ke Jalan Pandan Mewah atau ke Jalan Teratai 1/2 dan Jalan Taman Putra.

  2. Apakah langkah-langkah untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di DUN Teratai?

    Langkah-langkah penyelesaian termasuk kos bagi mengatasi masalah kesesakan ini akan dibuat setelah kajian selesai dibuat. Ia mungkin melibatkan pelebaran jalan, penyelarasan lampu isyarat milik JKR serta penyediaan susur dari Jalan Bunga Mawar 4 ke Jalan Pandan Mewah.

  3. Bilakah Kerajaan akan mengambil langkah-langkah tersebut?

    Cadangan penyelesaian akan dikemukakan kepada pihak agensi kerajaan berkaitan serta kerajaan negeri untuk tindakan lanjut setelah perbincangan diadakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.