Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

248) PENGURUSAN TAPAK KUBUR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah tapak kubur yang berada di DUN Semenyih?

    14 Tanah Perkuburan Islam di DUN Semenyih.

  2. Apakah kapasiti setiap tapak kubur yang ada?

    Kapasiti terkini tanah perkuburan seperti jadual berikut:

     

    BIL. NAMA TAPAK PERKUBURAN ISLAM KELUASAN PENGGUNAAN SEMASA BAKI PENGGUNAAN
    1. Tapak Perkuburan Islam Eco Majestic, Beranang 22.012 22.012
    2. Tapak Tanah Perkuburan Islam  Semenyih, Jalan Broga 5.475 5.475
    3. Tapak Tanah perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma 10.082 10.082
    4. Tapak Tanah Perkuburan Islam Bandar Teknologi Kajang, Jaya Industri 5.075 5.075
    5. Tapak Tanah Perkuburan Islam Ecohill 7.257 7.257
    6. Tapak Tanah Perkuburan Islam Eco Forest,  Lingkaran Eco Forest 3 4.630 4.630
    7. Tapak Perkuburan Islam Jalan Broga, Eco Forest, 5.985 5.985
    8. Tapak Tanah Perkuburan Islam Eco Forest, Lingkaran Eco Forest 1 1.697 1.697
    9. Tapak Tanah Perkuburan Islam  Kampung Sungai Purun 5.026 1.5078 3.518
    10. Tapak Tanah Perkuburan Islam  Kuala Pajam 5.200 2.08 3.120
    11. Tapak Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Semenyih 2.049 0.1639 1.885
    12. Tapak Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 3, Jalan Bangi 4.221 2.110 2.110
    13. Tapak Tanah perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu 28.610 17.166 11.444
    14. Tapak Tanah Perkuburan Islam  Sungai Lalang, Hulu Semenyih 5.375 5.106 0.268
    JUMLAH (EKAR) 112.694 28.1337 84.558
  3. Apakah perancangan kerajaan negeri dalam tempoh 10 tahun akan datang untuk memastikan keperluan tapak kubur mencukupi?

    Dalam tindakan JAIS untuk mencadangkan kepada Kerajaan Negeri mengenai pelaksanaan kubur bertingkat kepada tanah baharu atau tanah perkuburan Islam yang telah penuh. Namun beberapa pilihan cara pelaksanaan kubur bertingkat itu akan dikemukakan kepada Jabatan Mufti negeri Selangor selaras dengan fatwa Hukum Mengguna Semula Tanah Perkuburan Islam yang dikeluarkan pada 8 September 2004 dan diwartakan 7 Oktober 2004.

Lampiran

Tiada Lampiran.