Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
269) PENGURUSAN TAPAK KUBUR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mengambil alih sesebuah masjid dan menjadikannya masjid di bawah pengurusan kerajaan?
Antara kriteria penetapan sesebuah masjid dinaik taraf sebagai masjid pengurusan adalah disebabkan wujud permasalahan pentadbiran dan pengurusan masjid seperti berikut:
- Perselisihan AJK, sehingga menyebabkan tadbir urus masjid terjejas.
- Jawatankuasa Masjid mempunyai kecenderungan kepada politik kepartian yang boleh mengundang perpecahan.
- Jawatankuasa Masjid kerap melanggar peraturan arahan yang ditetapkan MAIS/JAIS, khususnya dalam pengurusan kewangan, ceramah dan khutbah.
- Kesukaran ahli kariah dalam mencari pegawai dan jawatankuasa untuk mentadbir masjid yang dianggap sebagai bebanan.
- Masjid yang baharu siap dibina dan wajar terus dinaik taraf sebagai masjid pengurusan.
- Kes-kes aduan kewangan dan salah guna kuasa oleh AJK.
-
Adakah kerajaan cenderung untuk mengambil alih masjid yang telah diurus dengan baik oleh ahli kariah berbanding masjid yang menghadapi masalah pengurusan?
Tidak semestinya, masjid naik taraf atau masjid pengurusan merupakan dua kaedah pengurusan masjid yang boleh dilakukan secara mutlak oleh pihak MAIS selaras dengan peruntukan Seksyen 104 (3), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.