Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

302) PENGURUSAN TANAH RIZAB MELAYU DI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah data terkini pengurusan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Selangor iaitu dari segi pemindahan milik kepada bukan Melayu, pertindihan milikan tanah oleh beberapa pihak serta keluasan seluruh TRM ke arah mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Wasiat Raja-Raja Melayu?

    Data terkini pengurusan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Selangor iaitu dari segi pindah milik kepada bukan Melayu tidak merekodkan sebarang urusan berkaitan. Sekiranya berlaku pindah milik kepada bukan Melayu, tindakan sewajarnya akan diambil bagi mengembalikan semula tanah berkenaan kepada pemilikan Melayu. Selain itu, tiada rekod pertindihan milikan tanah oleh beberapa pihak dalam Kawasan Tanah Rizab Melayu di Selangor.

  2. Apakah tindakan Pejabat Tanah dan Galian Selangor dalam membaiki kegagalan pengurusan TRM yang disenaraikan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) terbaru?

    Merujuk pada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) perkara-perkara berbangkit telah telah diselaraskan dan dibincangkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor bersama Pejabat Tanah Daerah berkaitan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan dan Pembatalan Tanah Rizab Melayu pada 11 Jun 2024 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Pengarah PTGS. Maklum balas dan tindakan penyelesaian bagi perkara tersebut dalam tindakan dan perhatian Pentadbir Tanah Daerah, di mana sebahagian perkara-perkara tersebut memerlukan tempoh masa untuk tindakan proses kerja di peringkat pentadbiran Pejabat Tanah Daerah berkaitan. Pelaporan AG Dashboard juga telah ditambah baik berdasarkan kepada maklum balas yang diterima daripada Pejabat Tanah Daerah berkaitan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang telah dikemaskini masih tidak memenuhi beberapa kriteria yang diperlukan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan perlu disemak semula serta ditambah baik dengan dokumentasi berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.