Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

104) PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN BUKAN ISLAM

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan dan menyelenggara tanah -tanah perkuburan Cina dan India?

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan Pegawai Penyelenggara yang diberi kuasa untuk mengurus dan menyelenggara tapak perkuburan selain Islam. Semua tapak perkuburan bukan Islam diwartakan di bawah PBT. Namun, bagi kawasan-kawasan pembangunan baharu, tapak-tapak perkuburan ini diwartakan di atas nama Persatuan yang menguruskan tapak perkuburan tersebut. Proses pewartaan ini dibuat berdasarkan permohonan yang dibuat serta semakan kemampuan Persatuan tersebut untuk mengendalikan pengurusan tapak perkuburan melalui proses temuduga yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Khas LIMAS.

  2. Dimanakah tapak perkuburan bukan milik swasta yang disediakan untuk pengembumian bukan Islam di Klang supaya dapat mengurangkan kos yang kehilangan ahli keluarganya?

    Kemudahan tapak perkuburan bukan Islam awam dalam kawasan Klang di bawah seliaan Majlis Bandaraya DiRaja Klang (MBDK) adalah seperti di Lampiran A. 

  3. Senaraikan lokasi dan keluasan bagi tanah perkuburan bukan Islam dan juga bukan milik swasta yang ada di setiap DUN di Negeri Selangor?

    Senarai lokasi dan keluasan bagi tanah-tanah perkuburan bukan Islam yang diinventorikan di setiap PBT adalah seperti di Lampiran B.