Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

83) PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tujuan caruman kubur diwujudkan? Berapakah jumlah caruman yang ada mengikut PBT atau Daerah?

    Akaun Amanah Perkuburan ini ditubuhkan bagi membolehkan Kerajaan Negeri Selangor menguruskan caruman perkuburan yang dikutip daripada pemaju dan pemilik tanah yang membangunkan tanah kurang daripada 250 hektar (500 ekar) untuk perumahan / kediaman atau pembangunan bercampur setelah pemberimilikan tanah atau tukar syarat tanah

    Semua perbelanjaan dari Akaun ini adalah untuk pembiayaan penyediaan tapak perkuburan atau kos pengambilan tanah bagi perkuburan Orang Islam dan Bukan Islam atau urusan pembayaran berkaitan dengannya serta pengurusan pembangunan perkuburan.

    Jumlah kutipan caruman sehingga 30 September 2015 adalah sebanyak RM41,471,684.90 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Satu Juta Empat Ratus Tujuh Puluh Satu Ribu Enam Ratus Lapan Puluh Empat dan Sen Sembilan Puluh Sahaja). Jumlah kutipan caruman adalah seperti di LAMPIRAN A.

  2. Bagaimanakah ianya dibelanjakan atau disalurkan?

    Permohonan bagi tujuan penggunaan peruntukan daripada Akaun Amanah Perkuburan diterima daripada pihak Pentadbir Tanah Daerah (PTD) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengikut keperluan. Permohonan tersebut akan dikemukakan kepada pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) selaku Urus setia Akaun Amanah Perkuburan yang kemudiannya akan diangkat bagi pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Akaun Amanah Perkuburan. Dalam hal ini, penyaluran peruntukan ke atas sesuatu projek yang telah diluluskan kepada pihak PTD atau PBT akan dibuat melalui Akaun Amanah Perkuburan Pentadbir Tanah Daerah yang berkaitan berdasarkan harga sebenar kos sesuatu projek.

  3. Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan dan menyelenggara tanah-tanah perkuburan Cina dan India?

    Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Selain Islam (HESI) di bawah Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk membincangkan dan memutuskan hal-hal berkaitan tanah perkuburan selain Islam di Negeri Selangor termasuk permohonan sesebuah organisasi untuk menguruskan sesebuah tapak perkuburan dan pewartaan sebelum diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

    Dalam hal ini, permohonan untuk menguruskan sesuatu tanah perkuburan bukan Islam akan diangkat oleh Pihak Pejabat Tanah Daerah ke Jawatankuasa sebelum ianya diluluskan di peringkat MMKN seterusnya diwartakan. Pewartaan tapak perkuburan itu akan dibuat di atas nama Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Pegawai Pengawal dan organisasi yang telah diluluskan sebagai penyelenggara. Operasi pengurusan juga akan turut dipantau oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan.

    LAMPIRAN A

    LAPORAN KUTIPAN CARUMAN AKAUN AMANAH PERKUBURAN (65107) NEGERI SELANGOR MENGIKUT DAERAH BAGI TAHUN 2008 SEHINGGA JULAI 2015

     

    BIL

     

    DAERAH

     
    2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 * 2015
    1 Petaling 163,250.00 140,187.50 140,512.50 585,906.75 314,177.50 2,983,080.00 329,000.00 6,191,064.75
    2 Gombak 393,367.00 116,785.25 114,531.25 152,244.00 254,875.00 976,742.50 369,425.00 4,169,008.52
    3 Klang 200,526.50 64,470.00 126,341.75 704,685.00 91,437.50 703,812.50 559,750.00 3,453,869.05
    4 Kuala Langat 47,296.25 27,313.00 77,405.75 168,781.25 101,000.00 654,750.00 307,000.00 1,429,855.28
    5 Hulu Langat 336,728.75 416,531.35 664,780.75 2,148,906.30 924,250.00 6,210,312.50 2,982,819.00 15,394,858.95
    6 Sepang 65,913.50 154,188.75 195,418.25 523,558.00 456,875.00 1,404,738.00 3,271,937.50  

    7,911,084.25

     

    7

     

    Kuala Selangor

     

    125,468.75

     

    45,937.50

     

    45,937.50

     

    85,706.25

     

    39,325.00

     

    264,499.00

     

    112,602.25

     

    1,344,224.05

     

    8

    Hulu Selangor  

    8,000.00

     

    49,250.00

     

    15,375.00

     

    27,000.00

     

    20,350.00

     

    2,721,148.00

     

    24,662.50

     

    852,186.50

    9 Sabak Bernam 188,676.00 74,075.25 26,696.00 134,885.50 47,695.30 79,575.00 74,678.00  

    725,533.55

    JUMLAH 1,529,226.75 934,549.85 1,406,998.75 4,531,673.05 2,249,985.30 15,998,657.50 8,031,874.25 41,471,684.90

     

Lampiran

Tiada Lampiran.