Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

35) PENGURUSAN TANAH KUBUR BUKAN ISLAM

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Siapakah yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan tanah kubur bukan Islam, khususnya untuk komuniti India?

    Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor Bilangan 7 Tahun 2014 telah bersetuju supaya segala urusan penyelenggaraan perkuburan selain Islam adalah dibawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan.

  2. Adakah audit dan semakan kelengkapan tanah kubur ini pernah dilakukan?

    Secara umumnya, audit dan semakan kelengkapan tanah kubur diselaraskan mengikut tatacara pentadbiran oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti berikut:

    1. MBSA

    Setiap tanah perkuburan bukan Islam akan diaudit dan disemak kelengkapan termasuk aspek kebersihan, penyelenggaraan dan pengurusan ruang perkuburan. Bahagian Audit Dalam di Majlis Bandaraya Shah Alam juga akan memeriksa keberkesanan dan pematuhan pengurusan tanah perkuburan termasuk mengaudit prosedur pengurusan kubur, pemeliharaan dan kelengkapan kemudahan yang ada.

    2. MBDK dan MPHS

     

    Bagi Majlis Bandaraya Diraja Klang dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor pula, persatuan penganut agama dan komuniti setempat yang menyemak dan menguruskan kelengkapan tanah perkuburan.

    3. MBPJ

    Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan menguruskan kelengkapan tanah perkuburan bukan Islam selaras dengan Kaedah-kaedah (Tanah Perkuburan Kristian) Petaling Jaya 1960 dan Kaedah-kaedah (Tanah Perkuburan Hindu) Petaling Jaya 1973.

Lampiran

Tiada Lampiran.