Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
69) PENGURUSAN TANAH DAN WAKAF
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah kerajaan menyelesaikan isu tanah berlapis di Mukim Beranang yang tidak ditukar oleh waris akibat kurang perhatian terhadap hal pusaka?
Apabila berlaku kematian bagi pemilik tanah yang berdaftar, waris-waris Qadim yang berhak atas pusaka berkenaan boleh mengambil tindakan untuk membuat permohonan pusaka dengan seberapa segera di jabatan yang menguruskannya iaitu Jabatan Ketua Pengarah Tanah Galian Persekutuan (JKPTG) Selangor – Bahagian Pembahagian Pusaka. Jika pewaris tidak mengambil peduli atau melengah-lengahkan permohonan pusaka, mungkin berlaku kematian yang kemudian oleh pewaris yang berikutnya. (Kematian berlapis)
Pihak JKPTG Selangor akan menyelesaikan permohonan pusaka berdasarkan permohonan yang diterima melalui sistem Myland dalam tempoh 4 bulan bagi kes-kes yang tak bermasalah berdasarkan bidangkuasa jabatan ini. Bidangkuasa jabatan ini adalah melibatkan harta simati secara totalnya tidak melebihi RM5 juta bagi harta simati yang meninggalkan harta tak berwasiat bagi bukan Islam.
-
Apakah mekanisme yang dicadangkan untuk mempercepatkan penyelesaian tanah berlapis?
Mekanisme untuk mempercepatkan penyelesaian pusaka bagi waris yang berlapis bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis harta, jumlah waris dan undang- undang yang terpakai. Di antara beberapa Langkah yang perlu adalah:
- Penyediaan dokumen yang lengkap seawal mungkin setelah berlaku kermatian seperti sijil kematian, surat nikah, salinan kad pengenalan waris-waris yang terlibat, carian rasmi tanah berkenaan serta salinan hakmilik, salinan penyata buku bank, salinan daftar hakmilik kenderaan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
- Menyegerakan permohonan pusaka di Agensi-agensi yang berkaitan seperti Mahkamah Tinggi bagi harta yang berwasiat bagi simati yang bukan Islam dan Jumlah harta simati yang melebihi daripa RM5 Manakala bagi Harta yang tak berwasiat bagi simati bukan Islam dan nilaian keseluruan harta simati yang nilaiannya adalah RM5 juta ke bawah adalah di bawah bidangkuasa JKPTG – Bahagian Pembahagian Pusaka.
- Membuat perbincangan dan persepakatan awal antara semua waris yang terlibat dalam pembahagian harta pusaka. Waris-waris simati boleh membuat pembahagian secara Hukum faraid bagi Pusaka Islam dan pembahagian mengikut Akta Pembahagian 1958 bagi bukan Islam. Walaupun demikian, waris- waris juga dibolehkan membuat pembahagian secara persetujuan atau muafakat sesama mereka secara sukarela melalui saluran-saluran yang dibenarkan.
- Penggunaan kaedah pengurusan yang lebih efisen. Untuk makluman, JKPTG telah melalui fasa pemodenan dalam sistem penyampaian kepada pelanggan dengan penguatkuasaan Akta Harta Pusaka Kecil(Pembahagian) 1955 – pindaan 2022 dan penggunaan sistem Myland yang menggantikan sistem Myetapp. Melalui system Myland ini orang awam boleh membuat permohonan secara atas talian dan boleh membuat semakan status bagi permohonan tersebut.
-
Adakah bantuan guaman atau program kesedaran ditawarkan kepada penduduk yang terlibat?
Bagi bantuan guaman – JKPTG Selangor tiada membekal apa-apa bantuan guaman jika kes pusaka ini perlu dimajukan kepada Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Syariah bagi apa-apa tujuan yang sepatutnya. Pihak jabatan hanya boleh memberi khidmat nasihat dan pihak waris perlu mencari atau melantik mana-mana firma-firma guaman untuk bertindak bagi pihak mereka di mana-mana mahkamah yang berkaitan.
Bagi program kesedaran di tempat yang berkenaan, Pihak JKPTG Selangor pernah melaksanakan program ‘Outreach’ secara umumnya di daerah Hulu Langat dengan Kerjasama agensi negeri iaitu PKNS. Jika ada mana-mana Kawasan Y.B. yang berhajat untuk mendapatkan maklumat Pengurusan Harta Pusaka, boleh maklum kepada pihak jabatan ini untuk turun ke padang. Untuk makluman ahli dewan, JKPTG Selangor telah melaksanakan Program Óutreach’ ini sebanyak 8 kali di Negeri Selangor sepanjang 2024 yang lalu. Di anatara program yang telah dilaksanakan adalah:
- Program Madani Rakyat 2024 Zon Tengah – 24-25 Feb 2024
- Program Bersama Masyarakat Felda Sungai Tengi – 29 Feb 2024
- Program Bersama dengan PKNS di Teluk Panglima Garang – 9 Mac 2024
- Program Forum Bicara Tanah dengan Pelajar Universiti Malaya – 22 April 2024
- Hari Langskap Negara 2024 di Shah Alam – 28-29 Mei 2024
- Program Bersama Penduduk Di antara Gapi, Serendah bersama dengan PKNS – 24-25 Ogos 2024
- Program Kemerdekaan, Sesi perkongsian Pengurusan Harta Pusaka di Hulu Langat – 31 Ogos 2024
- Program Mega One Stop Centre (OSC) Bersama PKNS di Daerah Hulu Langat – 26-27 Oktober 2024