Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

79) PENGURUSAN SURAU

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah surau-surau di seluruh Negeri Selangor akan mengadakan pencalonan dan pelantikan jawatankuasa bagi penggal baru?

    Pelantikan pegawai dan jawatankuasa surau akan diadakan pada 16 Jun 2010.
    Sehubungan itu, proses pencalonan akan bermula pada bulan Jun 2010 yang
    melibatkan 1,888 buah surau. Pelantikan ini melibatkan Pengerusi, Timbalan Pengerusi,
    Imam, Bilal, Siak dan jawatankuasa surau.

  2. Apakah garis panduan bagi proses pencalonan dan pelantikan jawatankuasa surau?

    Pelantikan tersebut akan dilaksanakan berdasarkan kepada Garis Panduan Pencalonan
    dan Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor)
    (Pindaan) 2001.

  3. Adakah kerajaan mengeluarkan garis panduan kerjasama dan sinergi antara surau- surau dengan masjid di dalam kariah yang sama?

    Masjid mempunyai hubungan yang rapat dengan surau-surau di bawah kariahnya
    kerana pentadbiran surau-surau adalah di bawah kariah masjid. Setiap surau perlu
    memaklumkan kepada Nazir Masjid program dan aktiviti yang dilaksanakan. Hubungan
    itu perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kerjasama dan penyelarasan program agar
    tidak berlaku pertembungan antara masjid dan surau.

Lampiran

Tiada Lampiran.