Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
8) PENGURUSAN SUNGAI DAN BADAN AIR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rancangan untuk mempertingkatkan penadahan air di sungai-sungai Negeri Selangor?
Dari segi perancangan untuk mempertingkatkan penadahan air di sungai-sungai Negeri Selangor, pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang giat melaksanakan aktiviti dan program seperti berikut :
- Pengurusan Lembangan Sungai Dengan Pendekatan ’IRBM’
Memastikan pendekatan Integrated River Basin Management (IRBM) digunapakai dan dilaksanakan di setiap lembangan sungai di Negeri Selangor iaitu di Lembangan Sungai Selangor, Lembangan Sungai Langat dan Lembangan Sungai Klang. Konsep ini merangkumi aspek pengurusan kuantiti dan kualiti air termasuk perlindungan dan pemuliharaan melalui polisi dan strategi yang melibatkan agensi kerajaan berkaitan dan pemilik berkepentingan. Ia merupakan satu kaedah pengurusan yang terbaik secara holistik dan menyokong pendekatan Integrated Water Resources Management, IWRM.
- Pewartaan Kawasan Sumber Air
Memastikan kawasan sumber air di Negeri Selangor dilindungi daripada pencemaran dan pencerobohan melalui :
i) Pewartaan rizab sungai;
ii) Pewartaan kawasan tadahan air empangan; dan
iii) Pewartaan kolam sumber air alternatif.- Kawalan dan Penguatkuasaan
Kawalan dan penguatkuasaan ke atas sungai-sungai ini dibuat bagi memastikan aspek kualiti dan kuantiti air sungai sentiasa mencukupi dan berada di tahap bersih. Antara aktiviti-aktiviti dan program Lembaga ialah :
i) Pemantauan kualiti sumber air mentah (memastikan kualiti air Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang berada pada tahap Kelas I dan Kelas II ke atas.
ii) Pemantauan pencemaran sumber air mentah pada waktu kecemasan.
iii) Pelaksanaan pelesenan dan caj air mentah di Negeri Selangor.
iv) Pelaksanaan pelesenan pelepasan bahan pencemar.(Peringkat Draf Peraturan)
v) Pelaksanaan pelesenan dan caj navigasi jalan air pedalaman di Negeri Selangor bagi (sungai, tasik dan tanah perairan). (Peringkat Draf Peraturan)
vi) Pelaksanaan kebenaran bertulis bagi aktiviti pengubahan sumber.
vii) Pelaksanaan program kesedaran awam seperti program ‘Qua-Qua’ bagi meningkatkan keprihatinan orang awam untuk melindungi sumber air dari aspek kuantiti dan kualitinya. -
Apakah rancangan untuk mewartakan rizab sungai dan badan air di Selangor?
Pihak Lembaga kini sedang giat melaksanakan kerja-kerja pewartaan di bawah Enakmen LUAS, 1999. Maklumat terperinci pewartaan yang sedang dilaksanakan Lembaga adalah seperti berikut :
- Pewartaan Kawasan Tadahan Air Empangan
Terdapat tujuh (7) kawasan tadahan air empangan yang akan diwartakan oleh Lembaga meliputi kawasan empangan dan kawasan tadahan air (catchment area) berikut :
- Empangan Klang Gates
- Empangan Batu
- Empangan Sungai Selangor
- Empangan Semenyih
- Empangan Sungai Tinggi – Empangan Langat
- Empangan Tasik Subang
- Pewartaan Kolam-Kolam, Tasik & Bekas Lombong :
Buat masa ini, hanya terdapat 13 kolam, tasik atau bekas lombong yang didapati amat sesuai dan boleh dipertimbangkan untuk diwartakan. Tiga (3) kriteria utama yang digunakan dalam pemilihan dan penentuan senarai di bawah adalah analisis kesesuaian kualiti air, jarak berhampiran sungai dan status hak milik tanah (Tanah Kerajaan atau Tanah Hak Milik Persendirian). Senarai ialah seperti berikut :
BIL. KOLAM/BEKAS LOMBONG DAERAH KELUASAN (EKAR)
1. Kolam 3 PNSB, Batang Berjuntai Kuala Selangor
200
Kolam 4 PNSB, Batang Berjuntai 2. Kolam Tadahan Berjuntai Tin 1, Batang Berjuntai
Kuala Selangor
600
Kolam Tadahan Berjuntai Tin 2, Batang Berjuntai
3. Lombong Pasir Labohan Dagang Kuala Langat 300 4. Kolam Bekas Lombong, Saujana Putra
Kuala Langat 100 5. Agrotech, Olak Lempit Kuala Langat 180 6. Kolam Tadahan 31, Jln. Rawang – B. Berjuntai
Hulu Selangor
50 7. Kolam Tadahan Tasik Teratai, Serendah
Hulu Selangor
69 8. Kolam Tadahan Sg. Rawang – Sg. Serendah
Hulu Selangor
102 9. Kolam Tadahan, Kg Keliang, Kalumpang
Hulu Selangor
35 10. Kolam Tadahan Rasa, Taman Keruing
Hulu Selangor
50 11. Kolam Tadahan Kg. Timah, Hulu Yam
Hulu Selangor
19 12. Kolam Tadahan Kg. Serigala, Kg. Batu 6
Hulu Selangor
9 13. Kuala Garing Hulu Selangor
30 - Pewartaan Rizab Sungai-Sungai :
Pihak LUAS sedang menyiapkan kertas kerja berkenaan pewartaan lebih kurang 276 rizab sungai-sungai di Negeri Selangor (sungai-sungai utama dan anakanaknya) di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS, 1999. Ini adalah lanjutan daripada keputusan Mesyuarat MMKN Bil 22/2008 dan juga Mesyuarat Lembaga Pengarah yang bersidang pada 26 Februari 2009.
Pelaksanaan pewartaan oleh Lembaga ini dilihat amat sesuai kerana peranan dan fungsinya sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus, menyelaras dan menyelia lembangan sungai, sumber air dan perairan pantai di Negeri Selangor dan Lembaga mempunyai kuasa perundangan melalui Enakmen LUAS, 1999 yang komprehensif bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan diambi
-
Apakah rancangan untuk mewartakan kawasan tadahan air sungai-sungai Selangor sebagai Hutan Simpanan Kekal?
Jawapan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor :
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah mewartakan seluas 42,940 hektar kawasan Hutan Simpan Kekal sebagai kawasan tadahan air di bawah Seksyen 10 (1) Akta Perhutanan Negara, 1984. Jabatan ini dalam proses mewartakan 750 hektar kawasan Hutan Simpan Gading sebagai kawasan tadahan air di seksyen yang sama. Kawasan tersebut di bawah merupakan kawasan tadahan air bagi sungaisungai utama seperti berikut :
Bil. Sungai Utama/Hutan Simpan Intake Point/Loji 1. Sungai Ampang (H.S. Ampang) Loji Pembersih Air Ampang 2. Sungai Buloh (H.S. Belata) Empangan Sg. Tinggi 3. Sungai Buloh (H.S. Belata Tambahan) Empangan Sg. Tinggi 4. Sungai Subang (H.S. Bukit Cherakah) Empangan Tasik Subang 5. Sungai Buloh (Bukit Tarek) Empangan Sg. Tinggi 6. Sungai Batu (H.S. Hulu Gombak) Empangan Batu 7. Sungai Klang (H.S. Hulu Gombak) Empangan Klang Gates 8. Sungai Serai (H.S. Hulu Langat) Loji Pembersihan Sg. Serai 9. Sungai Langat (H.S. Hulu Langat) Empangan Langat 10. Sungai Semenyih (H.S. Hulu Langat) Empangan Semenyih 11. Sungai Selangor (H.S. Hulu Selangor) Empangan Sg. Selangor 12. Tiada Nama Pada Peta Topo (H.S. Rantau Panjang) Empangan (kecil) Sg. Buaya 13. Tiada Nama Pada Peta Topo (H.S. Rantau Panjang) Empangan (kecil) Batu Arang 14. Sungai Selangor (H.S. Semangkok) Empangan Sg. Selangor 15. Sungai Semenyih (H.S. Sungai Lalang) Empangan Semenyih 16. Sungai Inki (H.S. Gading) Loji Pembersihan Air Kalumpang