Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

218) PENGURUSAN SUMBER ALAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan perancangan kerajaan bagi portfolio Pengurusan Sumber Alam tahun 2015?

    Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan dasar dan perancangan portfolio Pengurusan Sumber Alam bagi tahun 2015 seperti berikut:-

    • Cadangan Penambahan Pendapatan Hasil Negeri Bagi Bahan Batuan Menerusi Kaedah Profit Sharing Concept (PSC);

     

    • Kenaikan Kadar Royalti Bagi Bahan Batuan Granite;

     

    • Kajian Pelaksanaan Deposit / Caruman Pemulihan Tanah Yang Terlibat Dalam Aktiviti Perkuarian Yang Telah Diluluskan Secara Dasar Dalam Majlis Tanah Negara Ke-70; dan

     

    • Kajian Semula Enakmen Mineral (Selangor) 2000 Bagi Menambahbaik Perundangan Sedia Ada Dalam Pengeluaran Mineral Di Dalam Negeri Selangor.

    Kesemua perancangan ini adalah bertujuan bagi meningkatkan pulangan kepada Kerajaan Negeri serta dirangka agar setiap pengeluaran sumber alam ini dapat dilaksanakan secara majir dan mapan.

    Perancangan ini akan dimuktamadkan melalui Retreat Tahunan EXCO yang dijangka akan diadakan pada awal tahun 2015.

  2. Bagaimanakah pencapaian portfolio ini di tahun 2014?

    Pencapaian Jawatankuasa Tetap Pengurusan Sumber Alam setiap bagi tahun 2014 adalah seperti di Lampiran A.

    KRA & KPI bagi Jawatankuasa Tetap : PENGURUSAN SUMBER ALAM Pengerusi Jawatankuasa & Pemilik KPI : YAB. TN. MUHAMMAD AZMIN BIN ALI

     

     

    Portfolio Teras KNS KRA Objektif KPI Sasaran Pencapaian
    PENGURUSAN SUMBER ALAM Menyediakan panduan strategik mengenai arah dan corak perbandaran dan penggunaan tanah Pengurusan sumber alam yang mapan dan holistik Mentadbir urus industri pasir dari aspek penawaran dan permintaan % pengeluaran pasir / bulan. 20% daripada permintaan pasir di Lembah Klang. 50% –

    pengeluaran KSSB

    50% – dari Negeri bersempadan

    Melaksanakan perancangan bersepadu guna tanah bagi mengelakkan kemajiran sumber % kelulusan bahan batuan dan mineral 100% 90% – kelulusan

     

    10 % – tidak menepati syarat- syarat kelulusan.

          Melaksanakan langkah-langkah kawal selia dan kawal selia sendiri dalam Pengurusan Alam Sekitar % laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar / Audit 100% (mengikut permohonan yang diterima) 90% – mendapat kelusan EIA / EMP

    10% – masih dalam tindakan kelulusan.

          Memperuntukan lebih banyak kawasan bagi penjelajahan dan pembangunan perlombongan % keluasan kawasan perlombongan 50% daripada keluasan berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh JMG Tiada

     

    1

     

    LAMPIRAN A

    KRA & KPI bagi Jawatankuasa Tetap : PENGURUSAN SUMBER ALAM Pengerusi Jawatankuasa & Pemilik KPI : YAB. TN. MUHAMMAD AZMIN BIN ALI

     

     

    Portfolio Teras KNS KRA Objektif KPI Sasaran Pencapaian
    PENGURUSAN SUMBER ALAM Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan Pengagihan semula hasil sumber alam untuk kegunaan dan kebajikan rakyat Meningkatkan kutipan hasil melalui bayaran royalti bahan batuan dan mineral % royalti yang di kutip. 100% RM 33,938,085.32

    [kutipan royalti bagi tahun 2014]

    * maklumat dikemaskini sehingga [21/11/2014]

     

    RM 38,545,442.00

    [kutipan royalti bagi tahun 2013]

          Memantau kutipan royalti Pejabat Tanah Daerah Bilangan laporan kutipan royalti (dikemukakan oleh PTD) 12 kali 11 kali

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    2

     

    LAMPIRAN A

    KRA & KPI bagi Jawatankuasa Tetap : PENGURUSAN SUMBER ALAM Pengerusi Jawatankuasa & Pemilik KPI : YAB. TN. MUHAMMAD AZMIN BIN ALI

     

     

    Portfolio Teras KNS KRA Objektif KPI Sasaran Pencapaian
    PENGURUSAN SUMBER ALAM Menambahbaik Tadbir Urus Pelaksanaan perundangan bahan batuan dan mineral yang seragam secara efisien, berkesan dan telus. Menjalankan penguatkuasaan undang-undang mengikut peruntukan di dalam KTN Bilangan rondaan / pemantauan 365 kali (setiap hari) 100%
    Bilangan tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 426 KTN 12 kali / tahun 8 kali
    Bilangan kompaun yang dikeluarkan 4 kompaun / bulan 33
    Bilangan kes pendakwaan 12 kes / tahun Tiada
    % Notis 7A dikeluarkan 100% notis dikeluarkan kepada tuan tanah. 100%
    Menyelesaikan aduan yang diterima % siasatan yang dilakukan 100% aduan diselesaikan 100%
  3. Apakah status pengurusan sumber alam negeri kini?

    Sehingga kini, Portflio Pengurusan Sumber Alam Negeri Selangor adalah memuaskan di mana setiap hasil sumber alam seperti contoh bahan batuan dimaksimakan pulangan hasilnya kepada Negeri Selangor melalui bayaran royalti sebanyak RM 34 juta (sehingga 21 November 2014).

Lampiran

Tiada Lampiran.