Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

134) PENGURUSAN SUMBER AIR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi memanfaatkan 9,168 JLH air larian permukaan yang belum dimanfaatkan yang mengalir ke laut?

    Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah dipertanggungjawabkan untuk melakukan kajian bagi memanfaatkan 9,186 JLH berdasarkan Kajian Semula Sumber Air Negara 2010. Pada masa ini, pihak LUAS sedang melantik jurutera perunding bagi menjalankan Kajian Kolam Bekas Lombong Sebagai Kolam Takungan Aliran Banjir Di Lembangan Sungai Selangor. Lokasi yang dicadangkan adalah di sekitar Bestari Jaya. Hasil daripada kajian ini, kebolehdapatan sumber air dijangka dapat ditambahkan di mana aliran banjir dapat digunakan sebagai sumber kepada bekalan air Negeri Selangor. LUAS akan meneruskan kajian ini di Lembangan Sungai Langat di sekitar Tanjung Dua Belas dan juga Lembangan Sungai Klang di sekitar Puchong.

  2. Berapakah bilangan sumber tenaga manusia dan kos yang terlibat setiap tahun sejak tahun 2004 bagi memantau aktiviti pencemaran sumber air di seluruh Selangor?

    Jumlah bilangan sumber tenaga manusia dan kos yang terlibat sejak tahun 2004 bagi memantau aktiviti pencemaran sumber air di seluruh Selangor adalah seperti jadual di bawah.

    Tahun Bilangan Sumber Tenaga Kos (RM)
    2004 64 3,368,887
    2005 51 2,556,990
    2006 38 2,240,726
    2007 43 2,707,586
    2008 46 2,907,363
    2009 55 4,176,080
    2010 50 5,131,341
    2011 80 5,527,232

     Kos ini meliputi gaji, kenderaan, peralatan, pejabat, penganjuran mesyuarat, siasatan dan sebagainya.

  3. Berapakah bilangan sumber tenaga manusia dan kos yang terlibat purata setiap tahun dalam Òpasukan petugas sumber air alternatif bagi bekalan airÓ?

    Sumber tenaga manusia adalah terdiri dari kalangan keahlian Pasukan Petugas

    Sumber Air Alternatif Bagi Bekalan Air seperti berikut :-

    Pengerusi Pengarah LUAS
    Urusetia LUAS
    Keahlian AGENSI KERAJAAN

    Jabatan Pengairan dan Saliran

    Jabatan Mineral dan Geosains

    Jabatan Ukur dan Pemetaan  Malaysia (JUPEM)

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

    Jabatan Kesihatan

    Jabatan Kimia

    Jabatan Meterologi Malaysia

    Pihak Berkuasa Tempatan

    Pejabat Tanah dan Daerah

    SYARIKAT KONSESI AIR

    Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)

    Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH)

    Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB)

    Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS)

    LAIN-LAIN AGENSI

    Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)

    Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)

    Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)

    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

    Mesyuarat Lembaga Pengarah LUAS Bilangan 1/2011 bertarikh 11 Mac 2010 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM108,500 untuk kerja-kerja pensampelan bagi memastikan kualiti kolam air alternatif sentiasa mematuhi piawaian yang disyorkan bagi sumber air mentah. Pada tahun 2012 aktiviti pensampelan tersebut terus dijalankan dengan menggunakan peruntukan sediada.

Lampiran

Tiada Lampiran.