Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
190) PENGURUSAN SISTEM PERPARITAN DAN SALIRAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk meningkatkan sistem perparitan dan saliran sedia ada untuk memastikan ianya sentiasa dalam keadaan baik?
Kerajaan Negeri sentiasa komited meningkatkan sistem perparitan bagi memastikan ianya sentiasa berfungsi dan dalam keadaan baik melalui kerja-kerja penyelenggaraan dan naiktaraf sekiranya perlu dan mengikut keadaan semasa.
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menjadikan perparitan dan saliran di kawasan luar bandar sebagai eko pelancongan?
Pada masa ini Kerajaan masih belum mempunyai sebarang perancangan secara khusus bagi menjadikan perparitan dan saliran sebagai eko pelancongan, walaubagaimanapun perkara ini akan diberikan perhatian sekiranya terdapat perancangan pada masa akan datang dan akan memastikan tidak mengganggu operasi dan fungsi sistem perparitan dan saliran tersebut.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan tambahan untuk menaiktaraf sistem perparitan dan saliran dan berapa jumlahnya?
Peruntukan tambahan Kerajaan Negeri lebih memfokuskan kepada menaiktaraf sistem perparitan untuk menggurangkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berisiko banjir dan sekiranya ada lebihan peruntukan, ianya dapat digunakan untuk menaiktaraf sistem perparitan dan saliran yang lain secara berperingkat.