Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
123) PENGURUSAN SISA PEPEJAL PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kos keseluruhan bagi pengurusan sisa pepejal mengikut Pihak Berkuasa Tempatan dari Tahun 2010 hingga tahun 2016?
PBT mula mengambil alih pengurusan sisa pepejal daripada syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. pada tahun 2012 dan menguruskan sepenuhnya pada tahun 2013. Anggaran kos keseluruhan pengurusan sisa pepejal mengikut PBT bagi tempoh 2013 sehingga 2016 adalah:
(1) MBSA – RM67,741,685.55; (2) MBPJ – RM219,238,301.03; (3) MPSJ – RM83,220,000.00; (4) MPKj – RM232,553,589.27; (5) MPS – RM99,911,375.56;
(6) MPK – RM91,589,390.16; (7) MPAJ – RM61,745,502.58; (8) MPSp – RM43,723,000.00; (9) MDKS – RM43,812,593.20; (10) MDKL – RM28,035,900.00; (11) MDSB – RM8,980,719.12; dan (12) MDHS – RM33,819,443.20
PBT
KOS PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI PBT NEGERI SELANGOR
2010 (RM)
2011 (RM)
2012 (RM)
2013 (RM)
2014 (RM)
2015 (RM)
2016 (RM)
JUMLAH (RM)
MBSA – – – 20,521.870.56 23,234,729.73 20,802,504.42 23,704,451.40 67,741,685.55 MBPJ 60,686,924.13 97,646,010.87 49,770,318.92 52,521,017.99 54,842,757.55 57,039,895.49 54,834,630.00 219,238,301.03 MPSJ 25,600,000.00 28,200,000.00 19,530,000.00 19,320,000.00 20,300,000.00 21,500,000.00 22,100,000.00 83,220,000.00 MPKj – – 48,001,309.30 41,973,932.82 59,969,008.75 61,975,732.04 68,634,915.66 232,553,589.27 MPS – 21,217,367.22 22,066,552.61 22,960,431.92 23,843,347.67 25,879,488.06 27,228,107.91 99,911,375.56 MPK 68,681,48.30 9,266,894.14 16,600,783.10 21,602,610.45 22,027,464.73 22,999,550.55 24,959,764.43 91,589,390.16 MPAJ – – 15,244,141.55 15,240,666.49 15,594,370.26 15,188,386.30 15,722,079.53 61,745,502.58 MPSP – – – 9,358,600.00 9,813,600.00 12,908,600.00 11,642,200.00 43,723,000.00 MDKS 9,238,236.98 7,256,167.47 5,181,552.63 9,981,213.49 10,338,467.93 12,188,865.45 11,304,046.33 43,812,593.20 MDKL 6,557,326.60 4,699,214.40 3,851,930.12 6,900,000.00 6,500,000.00 8,135,900.00 6,500,000.00 28,035,900.00 MDSB 2,577,620.00 2,577,620.00 2,236,649.76 2,236,649.76 2,236,649.76 2,270,769.84 8,980,719.12 MDHS 8,300,000.00 8,000,000.00 7,500,000.00 7,714,721.6 7,714,721.6 8,230,000.00 10,160,000.00 33,819,443.20 ***Sumber : Semua PBT Negeri Selangor
-
Apakah usaha Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengurangkan kos ini?
Kos pengurusan sisa pepejal di PBT di Negeri Selangor sukar dikurangkan disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pertumbuhan bandar yang pesat, pertumbuhan kawasan perumahan, penambahan bilangan penduduk dan peningkatan kos operasi sejajar dengan pertumbuhan
Walau bagaimanapun, langkah-langkah bagi mengurangkan pengeluaran sisa pepejal yang secara tidak langsung boleh mengawal kos pengurusan telah dilaksanakan oleh semua PBT Negeri Selangor seperti berikut:
- Menjalankan aktiviti kitar semula dengan mengadakan program 3R (Reduce, Reuse and Recycle) bersama komuniti penduduk dan juga di peringkat sekolah rendah, menengah dan peringkat dalaman PBT;
- Program kitar semula pakaian terpakai;
- Program kitar semula e-Waste;
- Menyediakan pusat kitar semula dan tong pengumpulan bahan kitar semula berpusat serta kutipan bahan kitar semula secara terus dari rumah penduduk;
- Program pengkomposan sisa makanan dan kitar semula serta gaya hidup berkarbon rendah;
- Memastikan konsep 3R diserap di peringkat perancangan iaitu permohonan kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan sebagai contohnya sistem IBS bagi pembinaan ;
- Program Kerjasama antara Universiti Malaya dan Majlis Daerah Kuala Langat dalam program “Lets Clean and Go Green” di Pantai Baharu, Morib;
- Program 3R dan Pembersihan Pantai bersama MAHSA Pharmacy Students Society (MPSS);
- Mengadakan kempen Ramadhan Mampan;
- Mensyaratkan larangan penggunaan beg plastik di kedai-kedai dan pasar raya;
- Larangan penggunaan polistirena sebagai bekas makanan di restoran dan pasar; dan
- Melaksanakan kempen pengumpulan minyak masak