Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

81) PENGURUSAN SISA PEPEJAL OLEH PBT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah keberkesanan pengurusan sisa pepejal yang dikendalikan sendiri oleh PBT ?

    Pengurusan sisa pepejal yang dikendalikan sendiri oleh PBT berkesan dalam mengurangkan kos yang selama ini dibayar kepada syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB) dengan cara melantik secara terus syarikat-syarikat yang sebelum ini menjadi sub-kontraktor syarikat kepada AFSB. Di samping dengan pengendalian sendiri, pihak PBT juga dapat memantau kerja-kerja pengendalian sampah secara terus dan pegawai atau kakitangan PBT yang mengendalikan pengurusan sampah ini dapat mempelajari dan menangani masalah pengurusan sisa pepejal di kawasan PBT masing-masing.

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah penjimatan yang dapat diperolehi oleh setiap PBT jika dibandingkan semasa pengurusan dibawah Syarikat Alam Flora ?

    Jumlah penjimatan yang diperolehi PBT berbanding kendalian syarikat AFSB sebanyak RM53,876,942.41 seperti di Lampiran 1.

  3. Sila kemukakan pendekatan-pendekatan proaktif yang dilakukan oleh pihak PBT dalam menangani permasalahan sisa pepejal.

    Antara langkah proaktif yang telah dijalankan oleh pihak PBT seperti:-

    1. Talian hotline – aduan sampah;
    2. Skuad Rayau – mencari dan mengutip sampah;
    3. Unit Flying Squad atau Unit Tindakan Khas – menjalankan kerja back-up kutipan sampah;
    4. Perjumpaan secara terus – pihak PBT dengan kontraktor;
    5. Pengezonan semula – kawasan kendalian diperkecilkan ; dan vi. Kutipan sampah dua (2) kali sehari– kawasan pusat bandar Lampiran 1
    BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) SEMASA AFSB

    SETAHUN

    (RM)

    SELEPAS AFSB

    SETAHUN

    (RM)

    1. MBSA 22,402,126.68 18,909,789.28
    2. MBPJ 60,800,000.00 45,400,000.00
    3. MPSJ 28,270,000.00 20,400,000.00
    4. MPKj 23,040,000.00 16,721,847.60
    5. MPS 29,596,009.67 18,965,196.10
    6. MPK 19,075,296.96 15,135,378.00
    7. MPAJ 18,626,358.60 14,779,440.00
    8. MPSp 7,881,918.00 7,036,237.44
    9. MDKS 4,000,000.00 3,700,000.00
    10. MDSB 3,809,891.00 1,977,240.00
    11. MDHS TIADA BERKAITAN
    12. MDKL 3,202,744.32 3,802,274.40
      JUMLAH 220,704,345.23 166,827,402.82
      JUMLAH PENJIMATAN RM53,876,942.41

    ***sumber: Semua PBT, Negeri Selango

Lampiran

Tiada Lampiran.