Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
136) PENGURUSAN SISA PEPEJAL INDUSTRI
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah kaedah pengurusan sisa pepejal industri di semua PBT?
PBT mempunyai dua (2) kaedah dalam menguruskan sisa pepejal industri iaitu:
Memberikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal melalui kontraktor yang dilantik oleh PBT bagi kawasan pengilang kecil/ ringan atau kawasan komersial seperti sampah-sampah harian atau sisa-sisa kantin dengan jadual kutipan sebanyak lima (5) kali seminggu dan dilupuskan di tapak pelupusan yang dibenarkan oleh PBT; dan
Sisa pepejal bagi industri berat atau pasaraya-pasaraya besar yang merangkumi sisa-sisa pukal (sisa daripada pengoperasian produk kilang / pasaraya), PBT telah mensyaratkan kepada pengusaha/pemilik lesen untuk melantik kontraktor panel atau kontraktor yang berdaftar dengan PBT dengan menggunakan kos sendiri bagi perkhidmatan tersebut. Bagi memastikan sisa yang diangkut dibuang dengan selamat ke tapak pelupusan yang dibenarkan, PBT mengenakan syarat wajib kepada setiap kontraktor panel sisa industri untuk menghantar laporan bulanan kepada PBT yang meliputi bukti penghantaran sampah (Tipping Receipt) ke tapak pelupusan sebagai salah satu syarat untuk memperbaharui lesen kutipan sampah. PBT juga mewajibkan pemilik premis menghantar laporan bulanan pembuangan sisa pepejal sebagai bukti pematuhan
-
Sila nyatakan apakah kaedah pengurusan sisa pepejal industri yang bertoksid dan merbahaya?
Pengurusan sisa industri yang dikategorikan sebagai sisa berjadual (bahaya) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihak PBT telah menetapkan kepada setiap premis industri berlesen untuk melantik kontraktor yang mempunyai lesen daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh pemilik premis. Kontraktor tersebut hendaklah menguruskan pelupusan sisa buangan tersebut dengan menghantar sisa tersebut ke syarikat Kualiti Alam atau syarikat Radicare untuk dilupuskan. Selain itu, bagi tujuan pemantauan, pihak PBT telah mengarahkan setiap premis industri berlesen menghantar laporan pelupusan sisa buangan terjadual secara bulanan.
-
Sila huraikan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam konteks pengurusan sisa pepejal industri secara holistik?
Pengurusan sisa industri khususnya oleh PBT-PBT yang mempunyai pusat- pusat industri ringan atau berat sentiasa komited dalam usaha menambah baik pengurusan sisa pepejal industri bagi memastikan sisa-sisa yang dijana oleh industri diurus dengan selamat sehingga ke tapak pelupusan yang dibenarkan. Sehubungan itu, PBT ada membuat perancangan dalam tempoh masa pendek dan panjang. Antara perancangan-perancangan oleh PBT adalah:
Perancangan Masa Pendek
- PBT berkerjasama dengan pihak Industri/Kilang secara komited dalam usaha untuk mencari penyelesaian berguna untuk menguruskan sisa industri dengan berkesan;
- Mendidik pekerja dan pihak pengurusan tertinggi Industri/Kilang untuk mengamalkan aktiviti kitar semula di semua peringkat sektor perkilangan dan industri;
- Pihak industri/kilang diminta untuk mewujudkan polisi kitar semula sebagai aktiviti yang perlu diamalkan oleh mereka;
- PBT akan memberikan pelbagai inisiatif dan perkongsian seperti sesi taklimat/ceramah berkaitan 3R ke kilang-kilang;
- Mewujudkan usaha sama penganjuran kempen kitar semula bagi memberi penekanan tentang kepentingan pengurusan sisa di pusat penjanaan sisa. Pihak industri/kilang;
Perancangan Masa Panjang
- Merancang untuk memperkasakan pengurusan sisa industri bersepadu, dengan memperbanyakkan penglibatan syarikat kontraktor pengurusan sisa yang berminat untuk menjadi panel kontraktor pengurusan sisa industri contohnya di MBSA supaya masalah lambakan pusat sampah haram dapat diatasi dengan berkesan dan efektif;
- Merancang untuk menjalankan pemantauan secara berkala terhadap pengusaha kilang dan kontraktor panel yang dilantik dengan membuat auditan pengurusan dan pelupusan sisa industri/perdagangan; dan
- Merancang untuk mengambil alih pengurusan sisa industri sekiranya mempunyai peruntukan yang mencukupi dan keperluan logistik yang besar; atau Menjemput pelabur untuk membuat pelaburan khusus oleh pihak swasta bagi meneroka sistem rawatan dan pelupusan sisa industri yang baru dan lebih efisien agar keselamatan dan kesejahteraan alam sekitar dapat dikekalkan dan ditambah