Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
216) PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM DI KAWASAN MPKJ
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah bentuk pemantauan kerja-kerja kontraktor pembersihan awam dalam kawasan MPKj?
Pemantauan kerja-kerja kontraktor pembersihan awam dilaksanakan setiap hari bagi memastikan kontraktor yang dilantik melaksanakan kerja seperti yang termaktub dalam spesifikasi kerja yang ditetapkan. Sekiranya kontraktor gagal melaksanakan kerja mengikut jadual atau spesifikasi mpkj akan mengeluarkan notis kegagalan yang akan membawa kepada pemotongan bayaran kepada kontraktor.
-
Bagaimanakah bentuk laporannya?
Pemantau akan melaksanakan pemantauan setiap hari dan laporan pemantauan akan dibuat selepas pemantauan siap pada hari tersebut. Pelaporan prestasi kontraktor turut dilaporkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengindahan Bandar dan Kesihatan MPKj setiap bulan.
-
Berapa kerapkah pemantauan dibuat?
Pemantauan dilaksanakan setiap hari mengikut jadual.