Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

183) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sampai bilakah tempat persinggahan sampah, transfer station akan terus beroperasi di Seksyen 21 Shah Alam? Apakah ianya bersifat sementara atau kekal?

    Transfer station di Seksyen 21, Shah Alam akan terus beroperasi secara kekal di mana penggunaannya adalah selari dengan rancangan pengurusan sisa pepejal bersepadu Selangor.

     

  2. Jika kekal, apakah rancangan pihak kerajaan untuk menangani isu bau sampah yang busuk yang semakin menjadi-jadi ini?

    Pihak kerajaan akan memastikan bahawa semua sisa pepejal yang dihantar ke Transfer Station menggunakan lori-lori kutipan yang baik di mana tiada lelehan leachate bertaburan di atas jalanraya menuju Transfer Station. Pengurusan di Transfer Station pula akan memastikan bahawa semua syarat pematuhan alam sekitar dipatuhi seperti tidak menyimpan sisa pepejal lebih daripada 24 jam dan merawat leachate yang diterima mengikut syarat yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.