Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

253) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian Kerajaan Negeri berhubung Akta 672 dan bagaimana penyertaan Kerajaan Negeri dapat menjamin pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif?

    Secara dasarnya, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memulakan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan untuk menerimapakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan Surat Niat kepada Kerajaan Persekutuan pada 20 Mac 2024 berhubung perkara ini.

    Sehubungan itu, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah melaksanakan Kajian Awalan Due Diligence Bagi Pemakaian Akta 672 oleh Negeri Selangor dari 12 November 2024 sehingga 6 Februari 2025.

    Selain itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Januari 2025 juga telah bersetuju secara prinsip untuk menjalankan rundingan lanjut bersama Kerajaan Negeri berhubung pelaksanaan Akta 672. Sebelum Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan memuktamadkan penggunaan Akta 672 di negeri ini, perbincangan lanjut akan diadakan di antara kedua-dua belah pihak. Kerajaan Negeri akan berusaha untuk memastikan supaya pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan adalah not-less-favourable atau lebih baik daripada apa yang dilaksanakan sekarang sebelum Kerajaan Negeri menerima pakai Akta 672 ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.