Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
307) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status Kerajaan Negeri untuk mengguna pakai Akta 672?
Kerajaan Negeri secara dasarnya telah bersetuju untuk memulakan proses rundingan dan due diligence dengan Kerajaan Persekutuan bagi mengguna pakai Akta 672 di Negeri Selangor. Selain itu, semua Pihak Berkuasa Tempatan diarahkan untuk mengemukakan data dan maklumat yang diperlukan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bagi tujuan semakan.
Pihak JPSPN dan SWCorp akan memulakan proses kajian awalan due diligence berhubung cadangan pelaksanaan Akta 672 di Negeri Selangor pada 12 November 2024. Sesi kajian awalan ini dijangka dapat diselesaikan pada penghujung bulan Januari 2025.