Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

354) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri ada meneliti kembali penempatan semula tong-tong sampah dan cara untuk mengelakkan daripada haiwan-haiwan seperti monyet, anjing, biawak dan lain-lain ini yang membuatkan sampah-sampah bersepah?

    kalangan penduduk. Penduduk secara umumnya tidak bersetuju sekiranya tong-tong sampah ini diletakkan berhampiran dengan kawasan penduduk kerana dikhuatiri akan mencacatkan pemandangan dan mencemarkan bau. Justeru, sebagai langkah penyelesaian terbaik dan dengan persetujuan majoriti penduduk, tong-tong sampah ini diletakkan di tempat-tempat yang agak terpencil. Langkah ini walau bagaimanapun mengundang isu yang lain seperti menjadi hot spot sampah haram selain daripada menarik perhatian haiwan-haiwan liar seperti monyet, anjing dan sebagainya. Situasi ini menimbulkan kesukaran terhadap operasi kutipan sampah oleh pihak KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM).

     

    Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa terbuka dalam menerima sebarang cadangan penambahbaikan dan bersedia meneliti semula lokasi untuk meletakkan tong-tong sampah ini. Perbincangan boleh dilakukan di antara PBT, Ahli Majlis, Wakil Penduduk dan Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri di kawasan masing-masing. Antara langkah jangka pendek yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan meminta penduduk mengikat plastik-plastik sampah dengan kemas dan membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan, bukan di tepi atau sekitar tong-tong sampah tersebut.  Bagi langkah jangka panjang pula, selain dari mengalihkan tong-tong sampah ini ke tempat lain, penggunaan tong sampah leach bin bertutup juga boleh dipertimbangkan tertakluk kepada kemampuan kewangan PBT yang berkenaan.

  2. Adakah penjadualan kutipan sampah bagi kutipan sampah dikaji semula disebabkan terlalu banyak sampah ditempat-tempat tertentu?

    Penjadualan semula kutipan sampah dengan menambah kekerapan khususnya di tempat-tempat yang menghasilkan sampah yang tinggi merupakan antara penyelesaian yang menjadi pertimbangan Kerajaan Negeri melalui PBT. Walau bagaimanapun, penjadualan semula dan peningkatan kekerapan kutipan sampah ini akan melibatkan kos tambahan dan tertakluk kepada kedudukan kewangan PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.