Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

89) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tanggungjawab CSR yang telah diberikan kepada penduduk yang tinggal berhampiran dengan tapak pelupusan pepejal?

    Tapak Pelupusan Sanitari Jeram (TPSJ), Mukim Jeram, Selangor telah dioperasikan bermula tahun 2007. Sepanjang tempoh pengoperasian, pelbagai aktiviti CSR telah dilaksanakan oleh Worldwide Holdings Berhad (WHB) untuk penduduk setempat seperti pemberian zakat, sumbangan bulan ramadhan, perlaksanaan ibadah korban, sumbangan kewangan kepada B40, dan sumbangan kewangan kepada tadika, sekolah, dan masjid. Pihak WHB sentiasa komited dalam meneruskan aktiviti-aktiviti tersebut sebagai tanggungjawab CSR kepada penduduk sekitar JSL.

  2. Nyatakan satu persatu pemberian yang telah disampaikan sejak WHB melaksanakan tempat pelupusan sisa pepejal sampah.

    Senarai aktiviti CSR oleh WHB kepada penduduk setempat di sekitar TPSJ boleh dirujuk di lampiran yang disertakan.

     

  3. Apakah jaminan persekitaran yang bersih di kawasan tersebut?

    Pihak WHB sentiasa memastikan amalan persekitaran yang bersih dan selamat di dalam pengoperasian dan pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal. Di antara langkah yang diambil dan rutin yang dijalankan dalam memastikan persekitaran yang kondusif untuk pekerja dan penduduk setempat adalah seperti berikut:

     

    • Mematuhi keperluan dan syarat-syarat kelulusan yang telah ditetapkan di dalam Environmental Impact Assessment (EIA).
    • Penghantaran laporan bulanan bagi pelepasan akhir daripada Leachate Treatment Plant (LTP) dan laporan suku tahunan bagi keseluruhan pengoperasian tapak pelupusan sisa pepejal kepada Jabatan Alam Sekitar.
    • WHB tertakluk dengan ISO 9001:2015 dan ISO 14001:2015.
    • Mengadakan audit dalaman (Landfill Operation Key Performance Indicators (LOKPI)) bagi memastikan operasi tapak pelupusan yang berdaya maju.
    • Mengamalkan penyelenggaraan kawasan (housekeeping) seperti pemotongan rumput, pembersihan saliran, sapuan jalan dan kutipan sampah.
    • Mengambil tindakan segera sekiranya terdapat aduan daripada pihak penduduk setempat berkenaan pengoperasian tapak pelupusan seperti aduan bau, sampah, dan lain-lain

Lampiran

Tiada Lampiran.