Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
200) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status perlaksanaan pemantauan secara real-time melalui aplikasi iClean Selangor yang menelan belanja sebanyak RM45juta pada tahun 2017?
Selepas 4 bulan beroperasi melaksanakan sistem pemantauan secara real- time melalui Smart Waste Management, aduan sampah (sampah domestik) telah menurun sebanyak 97% di kawasan operasi
-
Bagaimana keberkesanannya dalam mengurangkan masalah kontraktor sisa pepejal yang lemah di MBPJ?
MBI
KDEBWM masih belum beroperasi di MBPJ.
MBPJ
MBPJ telah mengambil langkah-langkah berikut untuk mengurangkan masalah kontraktor sisa pepejal yang lemah iaitu:-
- Penilaian teknikal yang perinci ke atas keupayaan kontraktor serta pengurusan data/ rekod prestasi kerja lepas kontraktor sebagai rujukan masa
- Mengetatkan kursus membina kapasiti kepada pengurus,penyelia dan pekerja kontraktor bagi meningkatkan prestasi atau kualiti
- Pemantauan yang rapi termasuk mendapat penyertaan masyarakat proses memberi maklum balas ke atas prestasi kerja harian kontraktor
- Mengenakan hukuman dan NTC(notice to correct) yang tinggi ke atas kontraktor yang tidak mematuhi spesifikasi
- Mengambil tindakan menamatkan kontrak bagi kontraktor yang tidak dapat menjalankan tugas mengikut spesifikasi yang
- Syarikat yang ditamatkan kontrak akan di senarai hitamkan untuk tawaran kerja lain selama satu