Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
187) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Menurut pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 oleh Perdana Menteri pada Sidang Parlimen baru-baru ini, pengurusan sisa pepejal akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dan pengurusan sisa pepejal akan diswastakan kepada syarikat swasta. Rundingan dijangka siap pada hujung tahun 2010. Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri serta bidang kuasa Kerajaan Negeri dalam rundingan pengurusan sisa pepejal tersebut?
Dengan penguatkuasaan Akta 672 ini, segala perihal berkaitan pengurusan sisa pepejal
dan pembersihan awam akan dipusatkan kepada Kerajaan Persekutuan. Manakala
bidang kuasa Kerajaan Negeri lebih menjurus kepada penentuan tapak tanah untuk
penyediaan kemudahan pelupusan sisa pepejal. Kerajaan Negeri tidak dilibatkan dalam
rundingan berkenaan, walau bagaimanapun Kerajaan Negeri telah mengemukakan
senarai permintaan wish list kepada pihak Kerajaan Persekutuan agar dapat
dipertimbangkan jika sekiranya Akta 672 ini dikuatkuasakan. -
Apakah mekanisme yang akan diwujudkan bagi memantau keberkesanan pengurusan sisa pepejal oleh kontraktor swasta di setiap PBT memandangkan aduan awam biasanya dikemukakan kepada PBT?
Kerajaan Persekutuan telah mewujudkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
yang akan memantau semua operasi berkaitan pengurusan sisa pepejal dan
pembersihan awam ini. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara ini telah mewujudkan
pejabat-pejabat cawangan di seluruh negara bagi tujuan ini. -
Apakah langkah yang dirancang oleh kerajaan bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal oleh masyarakat umum sebagai satu langkah mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal?
Pelbagai usaha telah dan cadangan dijalankan seperti Program Kitar Semula, Hari
Tanpa Beg Plastik dan sebagainya. Namun begitu, keberjayaan program-program ini
memerlukan kesedaran dan sokongan padu daripada semua golongan masyarakat.
Satu lagi usaha yang sedang dirancang ialah dengan menyedarkan masyarakat
kepentingan bagi mengasingkan sisa pepejal untuk faedah kepada semua pihak.